Followers

Wednesday, October 2, 2013

[MALAYSIA BOLEH] Aset Polis Pun Boleh Hilang!



PAS kesal PDRM hilang aset RM1.33 juta

Laporan Ketua Audit Negara semalam mengesahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kehilangan 309 unit aset melibatkan kerugian bernilai RM1.33 juta bagi tempoh tahun 2010 hingga 2012.
Jenis aset yang hilang itu melibatkan gari sebanyak 156 unit diikuti dengan senjata api dan kenderaan, masing-masing sebanyak 44 dan 29 unit.

Turut hilang adalah walkie-talkie (26 unit), radio (22 unit), komputer (4 unit), kamera dan telefon bimbit sebanyak 6 dan 1 unit.

Pengauditan yang dijalankan antara bulan November 2012 hingga Januari 2013 mendapati secara keseluruhannya pengurusan kehilangan aset di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman dan tiga Ibu Pejabat Kontigen (IPK) iaitu Kuala Lumpur, Selangor dan Johor yang diperiksa kurang memuaskan.

Antara kelemahan yang ditemui adalah seperti kehilangan aset lewat dikesan, kelewatan melaporkan kehilangan kepada Ketua Jabatan dan Polis serta Ketua Jabatan lewat menyedikan laporan awal kehilangan aset.

Selain itu juga pengauditan turut mendapati Jawatankuasa Penyiasat kes kehilangan aset lewat ditubuhkan, Jawatankuasa Penyiasat lewat menyediakan laporan akhir kehilangan aset, Urus Setia Kehilangan dan Hapus Kira juga turut dilihat lewat mengambil tindakan susulan berhubung laporan kes kehilangan aset.

Kelemahan lain turut dilihat kelewatan mengambil tindakan di peringkat Kontigen setelah kelulusan hapus kira oleh Kuasa Melulus, kelewatan mengambil tindakan proses surcaj, tempat penyimpanan selamat aset tidak disediakan dan ruang penyimpanan aset adalah terhad.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata kehilangan aset tersebut merupakan satu kecuaian dari pihak polis yang amat dikesali.

Jelasnya lagi, rakyat menaruh harapan yang besar dari PDRM untuk mereka memanfaat dan menggunakan aset tersebut terutamanya senjata dalam menjaga keselamatan rakyat dari ancaman penjenayah.

"Bukti ini kecuaian dari pihak polis yang sepatutnya memastikan aset tersebut dijaga dengan baik tetapi akhirnya hilang dari simpanan.

"Rakyat menaruh harapan harapan yang besar untuk mereka memanfaat dan menggunakan aset tersebut terutamanya senjata api dalam menjaga keselamatan rakyat dari ancaman penjenayah tetapi hari ini penjenayah mengambil kesempatan atas kelalaian dan kecuaian polis," jelasnya ketika ditemui di Parlimen.

Mahfuz yang turut menberitahu, kerajaan mengeluarkan perbelanjaan yang besar dalam memenuhi kelengkapan kepada pihak polis untuk keselamatan rakyat tetapi mereka tidak memandang serius dalam soal-soal tersebut dan akhirnya aset tersebut hilang begitu saja.

ULASAN GB

Menghairankan.

Aset polis pun boleh lesap. Siapa yang mencuri atau merompak aset polis ini jika bukan polis sendiri?

Patutlah jenayah berleluasa dengan penjenayah mempunyai pistol dan senjata api merbahaya. Ada pengkhianat di kalangan anggota keselamatan yang mungkin menjadikan aset-aset ini sebagai "business" yang membawa pulangan lumayan.


Siasat dan ambil tindakan segera terhadap pihak yang terlibat!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.