Followers

Thursday, October 10, 2013

Kes Ahmad Zahid belasah orang diungkit ketika beliau semakin popular OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA

 
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) yang popular menjelang pemilihan Umno bakal berhadapan ranjau berduri untuk mempertahankan jawatan naib presiden yang disandangnya susulan kes belasah melibatkan seorang ahli perniagaan diungkit semula.

Peguam Karpal Singh menulis permohonan kepada Mahkamah Tinggi untuk membuka semula kes anak guamnya, Amir Bazli yang menyaman Menteri Dalam Negeri itu.

Karpal memberitahu The Malaysian Insider, pihaknya tidak berpuas hati kerana perkara sebenar disembunyikan daripadanya selepas anak guamnya dan Ahmad Zahid bersetuju untuk menyelesaikan kes tersebut di luar mahkamah pada Julai lalu.

Peguam veteran itu berkata, beliau kesal kerana peguam kedua-dua belah pihak dikeluarkan ketika keputusan tersebut dibuat oleh hakim Mahkamah Sesyen Rohani Ismail.

Hanya plaintif iaitu Amir dan Ahmad Zahid berjumpa Rohani yang kemudiaannya mengarahkan terma dan syarat penyelesaian tersebut dirahsiakan, kata salah seorang peguam mewakili defendan, Datuk Shamsul Baharain.

"Saya menulis permohonan kepada Mahkamah Tinggi untuk membuka kes ini semula," kata Karpal.
Katanya, kes ini sepatutnya didengar pada Ogos dan hakim perbicaraan perlu diberitahu tentang status hal ini walaupun penyelesaian berjalan dan kes dikatakan sudah selesai.

"Selalunya, hakim perbicaraan akan merekod status kes dan menolak kes tersebut sekiranya kedua-dua pihak menyelesaikan tanpa sebarang perbicaraan," katanya.

Karpal bagaimanapun berkata, tarikh perbicaraan baru boleh ditetapkan jika pihak yang terlibat tidak gembira dengan terma perjanjian semasa pengantaraan.

Beliau berkata, Amir Bazli tidak dapat dihubungi sejak kes tersebut dikatakan selesai luar mahkamah.
"Dia hilang. Dia tidak menjawab panggilan saya dan berhubung dengan saya.

"Sebelum ini, beliau boleh dihubungi dan berkata akan datang ke pejabat lebih kerap untuk membincangkan kes ini," katanya, sambil menambah kali terakhir beliau bertemu Amir Bazli adalah pada 18 Julai lalu.

"Dia memberitahu saya bahawa dia keliru. Saya menasihati beliau untuk datang berjumpa saya selepas menyambut Hari Raya di Kota Baru, tetapi sehingga kini dia tidak muncul," katanya.

Karpal berkata, Rohani juga mengosongkan tarikh perbicaraan dijadualkan pada Ogos selepas mengganggap perkara itu selesai.

"Pengantara dan hakim mahkamah sesyen yang mempunyai kuasa lebih rendah daripada hakim Mahkamah Tinggi tidak mempunyai kuasa untuk mengosongkan tarikh perbicaraan," katanya.

Selepas penyelesaian luar mahkamah tersebut dicapai, Ahmad Zahid mendedahkan Amir Bazli meminta maaf kepada beliau.

Amir Bazli, 41 memfailkan tuntutan saman pada 4 Julai, 2007 dengan mendakwa Ahmad Zahid menumbuknya di muka pada 16 Januari 2006 di Kelab Reakreasi Country Heights di Kajang, menyebabkan kecederaan tulang hidungnya dan mata. - 10 Oktober, 2013.


The Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.