Followers

Wednesday, October 9, 2013

GERAKAN Tekan Zahid Hamidi..

Photo: GERAKAN Tekan Zahid Hamidi..

Gerakan menuntut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi menjelaskan atau menarik balik kenyataannya yang memberi gambaran lebih baik suspek ditembak terlebih dahulu, sebelum siasatan dijalankan.

Naib presidennya A Kohilan Pillay (kanan) berkata, kenyataan sebegitu boleh mewujudkan salah guna kuasa pihak polis dan membangkitkan kemarahan orang ramai yang merosakkan reputasi pasukan keselamatan itu yang makin terhakis.


"Dengan menggunakan dasar itu, kerajaan sekali lagi menunjukkan keangkuhan kepada pihak yang mahukan sebuah pasukan yang cekap, bukan yang disalah guna," kata Kohilan.

Menggelarkannya sebagai "menteri yang tidak wajar", beliau berkata, Gerakan dan parti lain yang berfikiran terbuka ragu-ragu dengan langkah memberikan lebih kuasa kepada pasukan polis.

Dalam sebuah program di Melaka pada Sabtu lalu, Zahid antaranya berkata, mangsa-mangsa rompakan kebanyakannya orang Melayu dan langkah terbaik dengan tidak berkompromi dan "tembak dulu" jika terdapat bukti.

"Jangan ada lagi amaran kepada mereka, kita dapat bukti kita tembak dulu," katanya.

 
Posted by Jeebond BLM Gerakan menuntut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi menjelaskan atau menarik balik kenyataannya yang memberi gambaran lebih baik suspek ditembak terlebih dahulu, sebelum siasatan dijalankan.

Naib presidennya A Kohilan Pillay (kanan) berkata, kenyataan sebegitu boleh mewujudkan salah guna kuasa pihak polis dan membangkitkan kemarahan orang ramai yang merosakkan reputasi pasukan keselamatan itu yang makin terhakis.

"Dengan menggunakan dasar itu, kerajaan sekali lagi menunjukkan keangkuhan kepada pihak yang mahukan sebuah pasukan yang cekap, bukan yang disalah guna," kata Kohilan.

Menggelarkannya sebagai "menteri yang tidak wajar", beliau berkata, Gerakan dan parti lain yang berfikiran terbuka ragu-ragu dengan langkah memberikan lebih kuasa kepada pasukan polis.

Dalam sebuah program di Melaka pada Sabtu lalu, Zahid antaranya berkata, mangsa-mangsa rompakan kebanyakannya orang Melayu dan langkah terbaik dengan tidak berkompromi dan "tembak dulu" jika terdapat bukti.

"Jangan ada lagi amaran kepada mereka, kita dapat bukti kita tembak dulu," katanya.


Posted by Jeebond BLM
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.