Calon bagi jawatan Majlis Tertinggi (MT) Umno Tan Sri Annuar Musa
menegaskan Umno tidak mampu mempertahankan kegemilangan parti itu
sekiranya masih berada pada tahap yang sama.
Menurut Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu, biarpun terdapat
transformasi dalam sistem Umno, namun ia akan menjadi sia-sia sekiranya
tiada perubahan sikap pemimpin parti itu.
Katanya, Umno kini melalui satu proses transisi di mana rakyat Malaysia kini semakin bijak menilai pemimpin dan parti itu.
"Pemilihan Umno dinilai oleh keseluruhan rakyat sekiranya parti ini
gagal melaksanakan perubahan maka Umno akan berdepan dengan bahana dan
padah.
"MT haruslah dibarisi pemimpin yang bebas dalam soal politik dan tidak ada kompromi dalam semangat perjuangan.
"Sekiranya ahli MT takut bersuara hanya berani mencium tangan Presiden
maka tidak lama lah Umno di negara ini, kata beliau dalam sidang media
di Kompleks Mara, Kuala Lumpur hari ini.
Oleh itu kata beliau ahli MT Umno haruslah memainkan peranan sebagai tulang belakang dan barisan paling hadapan parti.
"Nama pun sudah Majlis Tertinggi maka ia harus kuat, jika ia hanya
tunduk maka siapa akan menegur Presiden sekiranya terdapat kesalahan
kita kena ingat rakyat memberikan mandat kepada parti dan peranan MT
berada dibelakang Presiden dan membentuk kerajaan," katanya.
Katanya, paling penting ahli MT dinilai dari tahap prestasi dan pencapaian bukannya hanya dilihat semasa kempen pemilihan.
"Bila bertanding berbalik kepada dasarnya menawarkan diri untuk apa saya
lebih senang dinilai dari pencapaian saya dan selepas itu terpulang
kepada perwakilan untuk membuat keputusan,” katanya.
Sebelum ini Annuar yang merupakan calon MT Umno Nombor 6 dilaporkan
terlantar di unit rawatan ktikal (CCU) Hospital Kuala Lumpur akibat
demam Denggi.Bagaimanapun ia tidak menghalang Ahli Parlimen Ketereh itu
untuk bertanding.
"Saya baru keluar dari hospital jadi kempen dilakukan dalam suasana
rilek seperti yang saya kata konsep asas untuk bertanding menawarkan
diri berdasarkan pencapaian".
Namun sekiranya kita lihat pemimpin itu secara tiba-tiba berjiwa
rakyat, begitu sibuk berkempen seluruh negeri dalam tempoh dua bulan dan
berhempas pulas lantik ejen untuk berikan duit pada perwakilan maka
jika begitu I feel sorry for Umno," katanya. ~tmi
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.