PKR mendakwa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
berbohong mengenai pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) baru-baru ini
kerana akta itu sebenarnya mempunyai persamaan dengan akta kejam lain
yang dimansuhkan sebelum ini.
Naib Presiden PKR, N Surendran, berkata kenyataan Ahmad Zahid bahawa akta yang dipinda itu "tidak mempunyai tahanan tanpa bicara" tidak benar sebaliknya rang undang-undang yang dikemukakan secara jelas memberi isyarat pindaan tersebut bertujuan mengembalikan penahanan tanpa bicara seperti Akta Ordinan Darurat 1969 (EO) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA).
"Kenyataan Zahid sama sekali pembohongan yang jelas bertentangan dengan penjelasan dalam pindaan rang itu sendiri."Adakah Menteri Dalam Negeri tidak membaca rang itu? Atau dia cuba sekali lagi menipu kepada orang ramai?" kata Ahli Parlimen Padang Serai itu dalam satu kenyataan hari ini.
Surendran berkata, kenyataan Zahid mengenai tahanan boleh menyemak penahanan adalah perkara tidak munasabah."Klausa 15A secara jelas mengenepikan semakan kehakiman selain keperluan prosedur."Ini bermakna tiada tahanan yang boleh mencabar asas penahanan tersebut, sama seperti EO dan ISA," kata peguam hak asasi manusia itu lagi.Katanya, pindaan itu tidak praktikal dan masih berat sebelah kerana pelantikan masih lagi di bawah kuasa oleh menteri dan bukannya Lembaga.
"Ahli Lembaga dilantik oleh Agong atas nasihat menteri. Ini tidak praktikal sama sekali."Ini bermakna ahli-ahli Lembaga Pengarah memegang jawatan mereka atas keizinan menteri," katanya.Surendran mengulangi kebimbangan kebebasan rakyat Malaysia akan diperjudikan sekiranya rang ini diluluskan menjadi undang-undang.
Bacaan pertama pindaaan PCA dibacakan Zahid minggu lalu bertujuan mengukuhkan kedudukan untuk menahan penjenayah tanpa bicara sehingga dua tahun.Pindaan berkenaan akan menyamai ISA yang tidak memasukkan semakan kehakiman, kecuali melibatkan langkah prosedur.PCA ketika ini hanya membenarkan tahanan selama 72 hari terhadap individu yang ditahan di bawah akta berkenaan.
Akta itu juga mengkehendaki tahanan dibawa ke mahkamah sebelum ditahan selama 72 hari.Ia digunakan secara efektif sebelum ISA dikuatkuasakan dan melalui pindaan itu, Putrajaya ingin menggunakan akta berkenaan sekali lagi.

PCA bagaimanapun tidak meliputi kawasan Sabah dan Sarawak
kerana ia dikuatkuasakan pada 1959 sebelum negeri Borneo menyertai
Malaysia, dan pindaan berkenaan akan memasukkan peruntukan melibatkan
dua negeri itu. [TMI]
-ADMIN POWER-
-ADMIN POWER-
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.