Syarikat kiriman wang Bangladesh, CBL Money Transfer Sdn Bhd
mendedahkan transaksi wang dari Malaysia ke Bangladesh mencecah
kira-kira USD1 bilion setiap tahun.
Pengerusinya, Aziz Al Kaiser, berkata CBL diwujudkan bagi membolehkan sejuta warga Bangladesh yang bekerja di Malaysia dapat mengirim wang mereka kembali ke kampong halaman menerusi saluran yang betul.
"Kami menyediakan sistem kiriman wang yang mematuhi undang-undang kerana CBL menjalani proses temuduga dengan Bank Negara selama lapan bulan bagi memastikan kewujudan kami di Malaysia mengikut peraturan Malaysia.
"CBL kini menanam modal sebanyak RM2.6 juta dan akan meningkat kepada RM4.1 dalam masa dua minggu.
"Bank Negara menganugerahkan kami lesen cawangan tanpa had dan kini dua cawangan dibuka iaitu di Kuala Lumpur dan Melaka," katanya ketika merasmikan cawangan barunya hari ini. – 10 September, 2013.
The Malaysian Insider.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.