Perkara pertama berkaitan dengan soal KESELAMATAN MAKANAN NEGARA yang mana bila perjanjian ini ditandatangani maka tiada lagi kawalan terhadap produk pertanian yang masuk dari luar. Dalam masa lima tahun, memang seronok ada banyak jenis bahan pertanian luar.
Negara besar seperti US
dan Jepun ada modal yang lebih besar untuk hasilkan makanan dengan
murah, exsport ke Malaysia. Lama
kelamaan petani kita tidak ada kerja, semua kerja kilang.
Makanan tidak
lagi di hasilkan dalam negara tapi di import dari luar dan kita
bergantung pada makanan ini. Apa akan jadi jika nanti US dan Jepun buat
hal, halang bekalan makanan.
Petani-petani kita pula semakin berkurang.
Kebuluran boleh berlaku seperti di Colombia dan Mexico dalam perjanjian
NAFTA.
PIAWAIAN HALAL untuk umat Islam sekarang ini pengeluar makanan, pengeluar barangan penguna atau restoran tidak boleh suka-suka hati meletakkan logo Halal pada produk mereka.
PIAWAIAN HALAL untuk umat Islam sekarang ini pengeluar makanan, pengeluar barangan penguna atau restoran tidak boleh suka-suka hati meletakkan logo Halal pada produk mereka.
Di Malaysia semua logo
Halal mesti standard dan mendapat pengiktirafan JAKIM setelah diperiksa
dan di kaji. Jika TPPA ditandatangani, standard JAKIM ini bakal
dilongarkan kerana mengikut standard US, tempat operasi makanan Halal
dan tidak Halal boleh bercampur. Ikut standard Malaysia tidak boleh.
Maka sesukalah sesebuah Syarikat itu mahu letak tanda Halal sendiri atau
tidak. JAKIM tidak boleh memeriksa kandungan bahan sebab rahsia
Syarikat. Dalam perjanjian ini, kandungan bahan adalah rahsia walaupun
untuk kepentingan umat.
KESAN ALAM SEKITAR dan saman-menyaman. Contohnya, ada sebuah kilang yang telah di benarkan beroperasi di Malaysia. Ikut perjanjian, kilang tersebut boleh beroperasi selama 20 tahun.
KESAN ALAM SEKITAR dan saman-menyaman. Contohnya, ada sebuah kilang yang telah di benarkan beroperasi di Malaysia. Ikut perjanjian, kilang tersebut boleh beroperasi selama 20 tahun.
Tapi selepas beroperasi, didapati kilang tersebut mengeluarkan
sejenis bahan yang merosakan alam sekitara, masyarakat marah dan bawa ke
Wakil Rakyat. Setelah dibuat kajian terperinci, pengunaan bahan
tersebut diharamkan menurut undang-undang. Kilang terbabit tidak boleh
lagi beroperasi.
Maka dengan perjanjian TPPA kilang ini boleh menyaman
kembali Kerajaan Tempatan atau Kerajaan Pusat kerana mereka telah
mengalami kerugian akibat undang-undang yang baru ini.
Mereka bukan saja
boleh saman kepada kerugian mereka alami tapi termasuk keuntungan yang
mereka tidak pasti akan dapat untuk masa depan pun mereka boleh tuntut,
Mereka boleh minta pampasan kerugian untuk 20 tahun.
Contoh sebelum ini
dalam Perjanjian FTA-FTA terdahulu antara lain Chevron lawan masyarakat
tempatan Ecuador. Dalam kes ini, hutan amazon telah dicemari oleh sisa
minyak Chevron. Walaupun Chevron telah di denda oleh Mahkamah dalam
Negara, mereka tidak mahu bayar dan bawa kes ini ke Mahkamah
Antarabangsa.
Di Mahkamah Antarabangsa Perjanjian ini adalah lebih
tinggi tarafnya daripada Mahkamah Ecuador Dan Ecuador didapati bersalah
menyebabkan kerugian kepada Chevron dan perlu membayar kembali RM80 Juta
kepada Chevron.
UBATAN MAHAL apabila telaksananya perjanjian ini. Tahu kah anda mengapa kita pelu membayar RM1 jika ke Hospital Kerajaan walaupun mendapat pelbagai ubatan (bukan ubatan khas). Hal ini kerana ubat tersebut dihasilkan di dalam negara dan di negara-negara membangun secara murah melalui ramuan generik.
UBATAN MAHAL apabila telaksananya perjanjian ini. Tahu kah anda mengapa kita pelu membayar RM1 jika ke Hospital Kerajaan walaupun mendapat pelbagai ubatan (bukan ubatan khas). Hal ini kerana ubat tersebut dihasilkan di dalam negara dan di negara-negara membangun secara murah melalui ramuan generik.
Ramuan generik adalah
ubat yang menggunapakai ramuan asal atau hampir sama dengan ubat asal
tetapi tidak ada kos-kos lain seperti kos jenama syarikat, kos
penyelidikan dan sebagainya atau dengan kata lain tiada lagi hak paten
(hak monopoli) oleh Syarikat pengeluar. Jadi ubat ini di hasilkan oleh
kilang-kilang lain dengan murah.
Ubat adalah bahan penting kepada
manusia, maka mengikut undang-undang sekarang, monopoli pengeluar ubat
oleh syarikat-syarikat tertentu hanya di benarkan selama 20 tahun (sudah
cukup untuk mendapat untung yang besar). TPPA mencadangkan tempoh paten
ini dilanjutkan kepada 25 tahun.
Hal ini bermakna harga-ubatan untuk
penyakit kronik akan naik kerana dimonopoli oleh syarikat tertentu
sahaja selama lima tahun lagi. Pesakit barah (kanser) yang tidak mampu
membeli ubatan mahal dan bergantung hanya kepada ubat generik perlu
menunggu 5 tahun lagi, jika mereka masih hidup.
NASIB GOLONGAN PEKERJA. Golongan ini merupakan golongan yang paling ramai di Malaysia. Mereka adalah nadi ekonomi.
NASIB GOLONGAN PEKERJA. Golongan ini merupakan golongan yang paling ramai di Malaysia. Mereka adalah nadi ekonomi.
Menurut perundangan sekarang,
latihan/per pindahkan kemahiran dan teknologi, piawaian kesihatan,
piawaian keselamatan dan kebajikan pekerja perlu di jaga oleh majikan
dan dipantau oleh perundangan negara. Menurut perjanjian TPPA, kerajaan
perlu memberi lebih kebebasan kepada syarikat untuk menetapkan standard
mereka sendiri.
Kita juga tidak boleh memperkenalkan undang-undang
pekerja baru termasuk undang-undang untuk menjaga kebajikan pekerja,
menaikkan gaji minima dan sebagainya. Hal ini boleh menyebabkan
eksplotasi pekerja berlaku. Gaji yang diterima tidak setimpal, kerja
banyak, Keselamatan dan kesihatan terabai.
Pekerja juga akan menerima
kesan-kesan lain daripada pelbagai bab dalam TPPA termasuk Kehilangan
perkerjaan jika syarikat Malaysia terpaksa di tutup kerana tidak mampu
bersaing dengan syarikat luar, apabila cukai eksport Malaysia dihapuskan
dan barang kita jadi lebih mahal daripada syarikat asing, harga ubat
dan pendidikan naik dan banyak lagi. TPPA tidak benarkan kita letak
syarat pekerja tempatan untuk jadi pekerja. Jadi selepas ini semua
pekerja boleh diambil dari luar.
Pekerja peringkat bawahan dibawa masuk
dari Bangladesh, Vietnam, Nepal sementara pekerja atasan diambil dari
negara kaya TPP seperti US, Singapora dan lain-lain.
Kesimpulannya, TPPA lebih banyak mendatangkan keburukan kepada negara dan rakyatlah yang bakal menerima akibatnya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.