Menteri agama gesa batal peraduan ratu cantik
JAKARTA: Menteri Ehwal Agama Indonesia, Encik Suryadharma Ali, semalam
menggesa agar peraduan ratu cantik Miss World, yang dijadualkan
berlangsung di Bali minggu depan, dibatalkan.
Menurutnya, pihak penganjur seharusnya mematuhi nasihat Majlis Ulama
agar peraduan itu dibatalkan meskipun ia tidak lagi menampilkan peserta
memakai bikini.
"Majlis Ulama Indonesia telah menyuarakan tentangan keras terhadap
peraduaan Miss World kerana ia tidak sejajar dengan ajaran Islam yang
menyatakan wanita Islam wajib menutup aurat," katanya.
Beliau merupakan menteri Indonesia pertama yang menyuarakan tentangan secara terbuka terhadap peraduan itu. - AFP.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.