KERAJAAN PERPADUAN ADAKAH ANWAR DAN NAJIB SEDANG BERMAIN MATA
Walaupun beberapa pemimpin UMNO menolak hasrat dan
tawaran Anwar untuk mengadakan dialog atau kerjasama dengan Najib
sebagaimana yang diluahkannya dalam perutusan sempena sambutan Merdeka
dua hari lalu tetapi episod ini telah menelanjangkan lebih banyak
perkara yang terlindung selama ini.
Setelah isu ini timbul
beberapa kali sejak berakhirnya piliharaya umum lalu, kini seperti
diyakini bahawa kerjasama antara Najib dan Anwar ini akan menjadi
kenyataan juga akhirnya.
Dengan beberapa kali isu ini timbul juga, ia
seakan mengiyakan bahawa Najib dan Anwar sudah saling bermain mata
sebelum ini dan hanya menunggu masa yang sesuai saja untuk menjalinkan
kerjasama atau "cium mulut" dalam bahasa atau istilah budak-budak rock
zaman sekarang, menjadi kenyataan.
Jika sebelum ini ketika
ditemubual oleh portal berita luar negeri, The Edge Review dan Asia
Sentinel, Anwar yang mendedahkan tentang hasrat Najib ingin
berbaik-baik dan menjalin kerjasama dengannya, kali ini nampaknya Anwar
pula meluahkan keinginan itu.
Dan jawapan balas atau penafian
Najib mengensi berita itu cukup lembut dan berdiplomasi, tidak terlihat
tanda-tanda melenting atau penafian yang keras.
Penjelasan yang
dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri hanya menyebut isu kerjasama
itu sebagai rekaan dan imaginasi penulisnya semata-mata dan tidak
mengatakan ianya sebagai fitnah.
Berbeza sekali dengan beberapa
ungkapan kasar dan emosional yang pernah dilafazkan oleh Najib ketika
berhadapan dengan fitnah dan serangan pembangkang selama ini, termasuk
pernah menggelarkan "haram jadah" kepada para peneroka Felda.
Tetapi dalam isu dakwaan Anwar bahawa Najib yang ingin dulu memulakan langkah berbaik-baik dengannya, tak peduli sama ada ianya rekaan, imaginasi, fitnah atau sebaliknya, Najib seolah-olah tidak terkessn atau terganggu sama-sekali, bahkan seperti menerimanya sambil tersenyum mendengarnya.
Bahkan, dalam penjelasan yang hanya dikeluarkan setelah hampir seminggu dijaja oleh Anwar, ia juga menyebut kerjasama dalam apa bentuk sekali pun tidak mungkin berlaku selagi Pakatan Rakyat tidak mahu menerima keputusan pilihanraya, bahkan terus mempertikaikannya. Ewah, ewah... begitu berbudi bahasa dan lemah lembut penjelasan Najib mengenainya!
Kini setelah Anwar sendiri meluahkan hasrat menawarkan kerjasama dengan kesediaan menerima keputusan pilihanraya umum lalu, reaksi Najib turut cukup santai.

Walaupun ianya dibawa dalam perbincangan MT UMNO dan seperti yang
disebut oleh Hishammuddin bahawa Najib akan menjelaskan isu itu di lain
ketika, Perdana nampaknya sekali lagi tidak terganggu dengannya bahkan
kepantasannya membawa perkara itu ke dalam mesyuarat MT tidak lebih
menunjukkan keterujaannya dan ingin melihat reaksi daripada
pemimpin-pemimpin UMNO yang lain mengenainya.
Walaupun Hishammudin, Khairy Jamaluddin, Mukhriz, Nazri Aziz dan Tengku Adnan dilihat memberi reaksi menolak dan skeptikal terhadap hasrat Anwar itu tetapi mereka ini juga merupakan pemimpin yang mudah akur jika Najib menyatakan sebaliknya mengenai hasrat Anwar itu.
Dilihat dari sudut logik dan kedudukan Najib serta Anwar, penyatuan antara kedua pemimpin ini memang tidak mustahil akan berlaku. Anwar kini berdepan dengan isu mahkamah mengenai kes liwat dengan Saiful Bukhari dan mengharapkan penyelasaian yang memihak kepadanya supaya tiada lagi titik-titik hitam dalam persepsi umum terhadapnya.
Meskipun keputusan pilihanraya umum lalu memperlihatkan PR mempunyai harapan yang lebih cerah dalam pilihanraya lima tahun akan datang berikutan pengundi bandar dan separa bandar makin meningkat, pengundi muda dijangka mencecah angka 5 juta dan tembusan internet yang makin meningkat tetapi isunya tempoh empat atau lima tahun cukup lama bagi Anwar yang sudah berusia 65 tahun sekarang ini.
Dengan menjalin kerjasama atau cium mulut dengan Najib serta mungkin disertai dengan kemungkinan kembali menyertai kerajaan, kes mahkamahnya boleh diuruskan dengan baik. Walaupun ia mungkin menyebabkan Anwar terbantut hasratnya untuk menjadi Perdana Menteri tetapi jika kegagalan itu ditampung dengan penonjolan beberapa orang kepercayaannya menyertai kerajaan seperti Azmin Ali, Nurul Izzah dan Rafizi Ramli, ia mungkin sudah memadai bagi Anwar dan boleh membuatkannya meninggal dunia suatu hati nanti dalam keadaan mata terpejam.
Najib pula, masih dibelenggu dengan persepsi berkaitan pembunuhan Altantuya walaupun Azilah dan Sirul sudah dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan.

Beliau bersama Kerajaan
Malaysia kini berdepan pula dengan saman sivil oleh bapa Altantuya
berjumlah RM100 juta dan Karpal Singh telah pun mengeluarkan kenyataan
akan berusaha sedaya upaya untuk mengeluarkan sapina bagi memastikan
Najib dan bekas pembantunya, Musa Safri yang tidak dipanggil sebagai
saksi sebelum ini agar hadir memberikan keterangannya dalam saman sivil
ini.
Cabaran Najib bersama dengan persepsi Altantuya yang tidak berkesudahan ini ialah bagaimana untuk memenangi pilihanraya lima tahun lagi dengan lebih bergaya. Selagi Anwar dan bersama dengan PAS dan DAP, ia tetap dilihat merupakan cabaran yang perit baginya.
Dalam ini tentunya Najib melihat dengan menjinakkan Anwar, banyak perkara boleh diselesaikan. Najib sedar masalah dan kedudukan dirinya dan dalam masa yang sama, beliau juga sedar masalah dan kemahuan Anwar. Penyatuan ini lebih merupakan situasi menang-menang. Najib mendapat manfaat dan Anwar juga mendapat menfaatnya.
Oleh itu bersatunya Najib dengan Anwar bukanlah mustahil sebenarnya. Kedua-dua mereka ada masalah tersendiri yang boleh diselesaikan atau diminimakan dengan saling menyatu dan bekerjasama.

Selain itu, dengan BN mempunyai 133
kerusi dan PKR mempunyai 30 kerusi Parlimen, isu persempadanan kawasan
pilihanraya yang mana Anwar sudah awal-awal mengeluarkan ugutan untuk
tidak memberi sokongan, turut boleh diselesaikan melalui "cium mulut"
kedua mereka.
Penyatuan dan "cium mulut" Najib dan Anwar hanya menunggu masa dan ketikanya. Ia mungkin menjadi agenda utama sebaik saja Perhimpunan Agung UMNO berakhir hujung tahun ini.

Kita tidak tahu
mereka sudah saling bermain mata sebelum ini tetapi keghairahan Anwar
mengenai kerjasama ini dan sikap Najib yang begitu tolerasi terhadapnya
seakan-akan mengesahkan bahawa main-main mata itu sudah berlaku.
Anwar mungkin tiada halangan membawa PKR dalam kerjasama ini walaupun menyebabkan ia terpaksa menjatuhkan talak tiga kepada PAS dan DAP. Halangan Najib pula mungkin tentangan daripada Mahathir yang tentunya tidak bersetuju dengan kerjasama ini. Bagi Mahathir, Anwar adalah musuhnya sampai mati.
Tetapi Najib dipercayai boleh meyakinkan kabinet dan pimpinan tertinggi UMNO mengenai kerjasama ini, lebih-lebih lagi sebahagian mereka adalah orang-orang kanan dan penyokong setianya sslama ini.

Jika beliau disahkan menang tanpa bertanding sebagai
Presiden UMNO sekali lagi pada pemilihan 19 Oktober ini, Najib akan
menjadi lebih kukuh dan mudah membawa kerjasama dan penyatuan dengan
Anwar ini menjadi kenyataan.
Dengan diberi mandat tanpa bertanding, bermakna Najib disokong 100 peratus lebih 3.4 juta ahli UMNO secara solid.

Kedudukan ini tentunya akan dimanfaatkannya untuk
meneroka laluan yang membolehkan perjalanan masa depan politiknya lebih
selesa lagi, termasuk bekerjasama dengan Anwar. Ketika itu, cabaran
atau tentangan Mahathir bukan lagi halangan atau masalah besar bagi
Najib.
Bergerak atas tiket sokongan penuh ahli-ahli UMNO terhadapnya serta Anwar turut bersamanya, Najib akan terus keluar daripada bayang-bayang dan pengaruh Mahathir yang selama ini banyak mengganggunya.
Hanya jika jawatan Presiden UMNO dipertandingkan atau ada sesiapa yang mencabar Najib, iau kerjasama dengan Anwar ini mungkin akan terencat.

Kalau pun jika beliau terus menang tetapi jika
kemenangannya hanya disokong oleh 70 atau 75 peratus perwakilan saja,
ia akan memberi isyarat bahawa beliau tidak boleh bertindak sesuka
hatinya selepas itu.
Dengan tidak solid atau sepenuhnya UMNO menyokong
serta berdiri teguh di belakangnya, Najib juga tentunya tidak boleh
lagi menguruskan parti dan kerajaan seperti sebuah syarikat sendirian
berhad.
Pasti juga ada perasaan malu untuk terus menjalinkan sebarang ikatan dengan Anwar.
Sekarang terserahlah kepada ahli dan lebih 150 ribu perwakilan UMNO untuk menentukan sama ada mahu menyokong atau tidak penyatuan Najib dengan Anwar ini.

UTUSAN KINI
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.