Hari
ini, akhbar memetik kenyataan Menteri Dalam Negeri untuk menjalankan
operasi besar-besaran kepada warga asing. Baguslah tu. Yang saya faham,
sesiapa orang asing yang tak ada pasport atau tinggal lebih masa dari
sepatutnya atau lain-lain kes imigresen, kena cekuplah.
Kes-kes lain
termasuk penglibatan warga asing dalam jenayah saya tak mahu ceritalah
sebab saya tak berapa pakar nak cerita.
Tapi kes
maksiat, banyak episod saya boleh cerita, pengalamanlah katakan. Bukan
saya nak mengata sesiapa tetapi hakikatnya, peningkatan maksiat
antaranya kerana orang asing.
Bangla Goda Wanita Tempatan
Suatu
hari tu, penguatkuasa Jabatan Agama dapat aduan dari pengadu yang dah
tentu dirahsiakan. Kalau tak dirahsiakan, bimbang kena sumbat kari dalam
mulut dengan Bangla ler pengadu ni. Pengadu tu kata, di sebuah rumah
kedai yang dijadikan hostel pekerja Bangla ada 9 orang lelaki Bangla.
Katanya waktu itu datang seorang wanita ke hostel berkenaan. Pengadu
minta dibuat pemeriksaan kalau-kalau berlaku kes maksiat di situ.
Maka tak
lama lepas tu, penguatkuasa bertindaklah berdasarkan maklumat yang
diterima tu. Sampai saja di lokasi, nampaknya pintu bawah rumah kedai
itu tidak berkunci dan penguatkuasa dapat naik ke tingkat atas.
Pintu
rumah kedai itu pun tak kunci dan penguatkuasa dapat masuk ke dalam. Di
ruang tamu itu ada banyak katil dan tilam serta barang lain kepunyaan
Banglalah.
Ada dua bilik yang berkunci dan penguatkuasa ketuk bilik
pertama. Terus dibuka dari dalam dan didapati ada dua orang lelaki
Bangla dalam bilik tu. Keadaannya macam baru bangun tido.
Penguatkuasa
ketuk pula bilik satu lagi dan lambat dibuka sampai bergegar pintu itu
diketuk dan hampir nak roboh. Maklumlah, pintu tu bukanlah kukuh sangat.
Pintu kemudiannya dibuka dari dalam oleh lelaki Bangla 30-an dan
didapati juga seorang perempuan umur 30-an.
Terpinga-pinga Bangla ni
macam cicak mabuk kapur bila dia tahu pihak berkuasa datang nak tangkap
dia.
Bayar RM 30 Sekali Projek
Hasil
soal siasat, lelaki Bangla ini kerja di sebuah kilang kayu, patutlah
badan dia berketul macam batang ubi. Katanya dia bujang, tapi malah kita
tahu kalau dia ada Minaci kat Bangla sana. Perempuan ini pula katanya
dia janda anak dua dan tidak bekerja.
Dia mengaku sudah beberapa kali
datang ke bilik Bangla ini dengan mengenakan bayaran RM 30 sekali game.
Bila ditanya, kenapa murah sangat 30 ringgit tu, dia kata, mula-mula
dulu kenakan bayaran RM 50 tapi sekarang Bangla tu mintak diskaun, jadi
bersetujulah dia dengan bayaran RM 30 tu.
Layan Ramai Ker? Nak Kawin Ker? Banyak Kali Ker?
Bila
ditanya, ramai ke lelaki Bangla yang dia layan? Katanya, seorang saja
iaitu 'Abang Sayang' dia tulah. Bila ditanya, nak kawin ker dengan Abang
Laa tu, dia kata taknak kawin pun. Bila ditanya, dah banyak kali ker
datang tempat Bangla tu, dia kata, taklah banyak kali, cuma 18 kali
saja. Wahhhh...ingat dia yer 18 kali, entah-entah ada buku Tiga Lima kot
yang dia catat setiap kali datang.
Kasi Hantar Balik Sama Ini Orang
Harap
pihak berkuasa bertegas kepada orang asing yang terlibat dalam maksiat
macam Bangla ini. Ini satu contoh cerita saja, banyak lagi cerita lain.
Biar heboh ini cerita sampai itu Dhaka dan biar dia orang tahu tujuan
datang sini mari Malaysia mahu kerja juga, bukan mahu kacau itu
perempuan. Lama-lama kacau sini perempuan, ingat orang kita boleh sabar
juga ker? Jangan sampai nanti jadi gaduh orang asing sama orang sini
pasal perempuan. Sebab itu pihak berkuasa kena tegas dan jangan sampai
orang kita ambil tindakan sendiri.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.