TERBAKAR!! Kita Tunggu Tsunami Ketiga Pulak?? [ Jom Terjah.... ]
Banyak
media melaporkan keputusan PRU 13 menunjukkan tsunami kaum Cina. Ini
kerana ramai orang Cina mengundi DAP. Saya berbeza pandangan dengan
kenyataan di atas.
Yang jelas pada saya ialah PRU 13 merupakan
gelombang kedua tsunami rakyat--dari bandar, semi bandar, desa, golongan
muda, kelas menengah dan lain-lain yang bangkit untuk menuntut pembentukan
sebuah kerajaan yang bersih, adil dan bertanggungjawab kepada semua
rakyat.
Mereka bangkit kerana mahukan pendemokrasian diberikan ruang sewajarnya untuk mengambil tempat dalam negara kita.
Ringkasnya, keputusan PRU 13 menunjukkan tsunami rakyat Malaysia dan
tiada kaitan dengan perkauman orang Cina atau sikap rasis DAP.
Sudah sampai masanya kita berhenti meniupkan api perkauman dalam politik kita.
Ramai bertanya sama ada saya puas hati atau tidak dengan keputusan PRU.
Saya katakan saya kecewa kerana telahan awal saya bahawa BN akan
tumbang dalam PRU ini meleset. Biarpun kalah, saya yakin kekalahan PR
adalah kekalahan bermaruah yang mendokong semangat demokrasi.
Sahabat lain bertanya, apa yang perlu dilakukan jika tidak puas hati.
Saya jawab setiap bantahan perlu dibuat mengikut saluran undang-undang.
Maknanya ialah buat buat petisyen pilihan raya di Mahkamah Pilihan Raya
dalam masa 21 hari dari tarikh keputusan digazet. Yakinlah jika PR di
pihak yang benar, dalam kegelapan itu tetap ada harapan. Teruskan!
Sahabat juga bertanya apa pula yang saya puas dengan keputusan pilihan
raya ini. Saya puas satu perkara: kita masih mempunyai pembangkang yang
kuat. Moganya dengan cara ini mekanisme semak dan imbang dapat berjalan
dengan baik untuk memastikan janji pilihan raya ditepati dan nasib
rakyat terbela.
Sahabat yang lain pula bertanya, apa harapan
saya dari pilihan raya ini? Saya berhasrat untuk melihat wujudnya sistem
dua parti yang berdaftar, iaitu BN di satu pihak dan PR di satu pihak
yang lain. Saya yakin sistem pakatan melalui sistem dua parti ini lebih
sesuai dengan sistem politik permuafakatan yang kita amalkan selama ini.
Harapnya selepas ini, Pendaftar Pertubuhan dapat meluluskan pendaftaran
gabungan PR.
Saya katakan begini kerana sudah sampai masanya Malaysia perlu berubah ke arah satu politik baru yang lebih matang.
Sebagai penutup, dalam bahang pilihan raya yang masih hangat ini, saya
inigin katakan satu perkara: sama ada kita penyokong BN atau PR, kita
tetap rakyat MALAYSIA.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.