Followers

Sunday, June 9, 2013

SPR Terus Cuba Menipu Rakyat...............??

 
Dulu tentang goncang dakwat...kini kandungan dakwat pula.....goreng-goreng dan terus goreng !

1) Pengerusi SPR Aziz Yusof dakwa beliau telah berunding dengan Kementerian Kesihatan mengenai kandungan dakwat kekal.

Malangnya Kementerian Kesihatan melalui mulut Menterinya Dr S Subramaniam menafikan dakwaan Aziz dengan mengatakan kementeriannya tidak pernah mengeluarkan laporan tentang dakwat itu dan SPR tidak pernah meminta berbuat demikian.


Persoalannya :
  Adakah Aziz dan Wan Ahmad tersalah jalan menuju Kementerian Kesihatan. Barangkali mereka berdua pergi ke Hospital Kementerian dan berunding dengan pesakit-pesakit wad psikiatrik ? Sebab itulah Dr Subra tidak terima apa-apa surat dari SPR.
2) Ketua Penerangan UMNO Mat Maslan dakwa kandungan argentum nitrat terpaksa dikurangkan kerana takutkan risiko barah.
Persoalannya : Hebat betul Mat Maslan "goreng" rakyat Malaysia. Belum cukupkah lagi dengan Aziz dan Wan Ahmad "goreng-goreng" rakyat Malaysia tiba-tiba sekonyong-konyong Mat Maslan turut serta dalam "Pesta Goreng-Goreng" .
Kenyataan Mat Maslan ini mengalahkan kepakaran Dr Subramaniam dan doktor-doktor di Malaysia. Di mana Mat Maslan belajar ilmu kedoktoran ini ? 

Barangkali beliau belajar dengan pokok getah di Manik Urai! 


Tok Pepijat

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.