Yang
Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata ahli dewan
yang tidak mengangkat sumpah dalam tempoh enam selepas hari pertama
persidangan Dewan Rakyat tanpa alasan akan gugur kelayakan sebagai ahli
parlimen.
"Mengikut
perlembagaan, artikel 59 (1) kalau Ahli Yang Berhormat yang tidak
mengangkat sumpah dalam tempoh enam bulan selepas persidangan pertama
selepas pilihan raya, maka dia akan disqualified (sebagai ahli
parlimen)," katanya.
Beliau
mengulas rancangan yang disuarakan oleh NGO tertentu agar wakil Pakatan
Rakyat memulaukan majlis angkat sumpah sebagai ahli parlimen.
Mengulas
lanjut, Pandikat berkata anggota dewan masih boleh mengangkat sumpah
pada hari lain selepas majlis berkenaan, dengan alasan tertentu.
"Ya, boleh mengangkat sumpah tetapi bagi mereka yang mempunyai alasan tidak boleh mengangkat sumpah pada hari pertama.
"Kalau
sengaja dengan alasan memboikot tidak mahu mengangkat sumpah dalam temph
enam bulan, maka gugur kelayakan, menurut perlembagaan. Itu tafsiran
saya," katanya.
Pandikar
berkata sekiranya ahli parlimen Pakatan Rakyat tidak mengangkat sumpah,
ia juga disifatkan sebagai "penghinaan" terhadap sistem di negara ini.
"Oleh
kerana takut dilucut selepas enam bulan dan dia failkan ada hari
alternatif untuk angkat sumpah, kenapa buat begitu. Kenapa?
"Kalau
mereka mahu buat begitu, barangkali saya sebagai speaker, saya juga
mungkin boleh boikot waktu mereka mengangkat sumpah pada hari berlainan.
"Kalau
(MP) boleh boikot sistem demokrasi, saya juga sebagai speaker barangkali
mungkin saya membuat pendirian saya akan boikot, pada hari mereka
mengangkat sumpah.
"Jadi
timbalan-timbalan saya juga akan boikot. Tidakkah begitu jadinya?,"
katanya sambil menambah tindakan tersebut dilihat sebagai satu
penghinaan terhadap parlimen dan Yang Dipertuan Agong.
Kerengga.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.