KUALA LUMPUR 4 JUN: Siasatan terhadap Timbalan Presiden KEADILAN,
Mohamed Azmin Ali dan Pegawai Multimedianya, Saiful Asraf Idris adalah
atas arahan Jabatan Peguam Negara (AG) serta berunsur politik, kata
Pegawai Khas Azmin, Hilman Idham.Saiful (kiri) bersama Hilman.
Saiful
hari ini dipanggil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
bagi tujuan siasatan lanjut berhubung isu pemberian kad pengenalan di
Sabah dan sebuah video di Youtube bertajuk “Program Tukar Orang Melayu
(Projek IC by Mahathir)”.
Pada 13 Mac lalu, Azmin turut dipanggil berhubung kenyataannya terhadap isu tersebut yang dikeluarkan melalui pejabat beliau pada 18 Januari lalu.“Kami diberitahu siasatan ini dibuat atas arahan Jabatan Peguam Negara.
Jelas ia berunsur politik yang digunakan untuk menakut-nakutkan kita demi menutup kesalahan pemberian kad pengenalan,” kata Hilman ketika ditemui selepas siasatan.
Siasatan selama kira-kira dua jam itu bermula 10.30 pagi tadi oleh pegawai penyiasat, Mohammad Iqbal Iswandi.“Kita telah beri kerjasama cukup baik.
Semua siasatan ini tidak akan berjaya menakutkan kita untuk terus membongkar perkara sebenar,” kata Hilman.

~keadilandaily

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.