SHAH ALAM - PR menegaskan permohonan Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk
menyertai perikatan itu telah ditolak, kata Setiausaha Agung PKR,
Saifuddin Nasution.
Menurutnya, keputusan tersebut jelas telah dilakukan bersama ahli Majlis
Tertinggi PR yang lain selepas mesyuarat yang diadakan sebelum
ini.Tambahnya, berkenaan surat "hitam putih" yang diminta PSM akan
diuruskan oleh sekretariat perikatan tersebut.
"Keputusan kita jelas, kita tak terima, kita tolak."Soal paling penting adalah soal keputusan permohonan, jadi kita dah putuskan sebelum ini untuk tolak," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
"Keputusan kita jelas, kita tak terima, kita tolak."Soal paling penting adalah soal keputusan permohonan, jadi kita dah putuskan sebelum ini untuk tolak," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Semalam, PSM menggesa PR memberikan jawapan bertulis berhubung
permohonan penyertaannya dalam pakatan tersebut bagi meleraikan
percanggahan keputusan yang berlaku.
Setiausaha Agungnya, S Arulchelvan berkata, permohonan untuk menyertai
PR telah dihantar secara "hitam putih" pada September tahun
lalu. Tambahnya, permohonan itu dilakukan atas sebab permintaan rakyat
untuk PSM disatukan dengan PR.
"Sudah terlalu lama, kita harap PR dapat menghantar surat secara
bertulis mengenai status permohonan kami. "Kami keliru keputusan
bercanggah...Kami juga tidak mahu rakyat keliru," katanya.
Ketika ditanya mengenai kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang
bercanggah dengan keputusan PR berhubung isu permohonan PSM, Saifuddin
berkata Karpal tidak hadir mesyuarat itu.
"Keputusan itu dibuat bersama Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang. Tanyalah
mereka," katanya.Dalam pada itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustaffa
Ali turut mengesahkan PR telah menolak PSM untuk menjadi sebahagian
daripada parti perikatan itu.
"Memang mesyuarat masa itu, kita tolak PSM. "...Karpal tidak hadir
mesyuarat itu, sebab itu beliau tidak tahu," katanya.
keadilandaily

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.