Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkemungkinan akan menggugurkan
kesemua pembantu politiknya atas prestasi mereka yang kurang
memberangsangkan.
Menurut laporan The Malaysian Insider hari ini, kesemua dari mereka digugurkan daripada jawatan masing-masing kerana dikatakan ‘meletakkan kepentingan diri melebihi Perdana Menteri’.
Memetik dari kenyataan dari ‘sumber’, portal itu melaporkan bahawa langkah tersebut dibuat menjelang pemilihan Umno tahun ini.
Sebelum ini, pembantu-pembantu politik PM itu telah mendapat kritikan dalam blog-blog pro Barisan Nasional (BN) kerana tewas dalam pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei lalu meskipun di negeri yang telah ditawan semula BN.
Antara yang disenaraikan sebagai pembantu politik yang bakal digugurkan termasuk Datuk Latt Shariman Abdullah, Datuk Shahlan Ismail, Datuk Mohd Shafei Abdullah, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh dan Datuk Mohamed Suffian Awang.
Menurut portal itu lagi, kelima-lima mereka dilihat sebagai strategis bilik perang pilihan raya Najib dan mempunyai peluang mengembalikan kemenangan majoriti dua pertiga kepada BN.
Terdahulu, Tun Daim Zainuddin, dalam satu wawancara akhbar berbahasa Cina, China Press, membidas penasihat-penasihat PM yang menjadi salah satu faktor BN kalah teruk di dalam PRU-13.
Tun Daim dalam kenyataan beliau telah mendesak Najib Razak memecat penasihat-penasihat tersebut. Katanya BN kalah dalam pilihan raya 5 Mei kerana kesilapan strategi digunakan oleh penasihat Perdana Menteri serta pergaduhan dalaman parti.
“Betul, anda perlu tanya BN. Tetapi pada pandangan saya, ia adalah strategi salah. Seperti yang saya katakan sebelum ini, ini adalah pilihan raya Parlimen dan bukannya pilihan raya presiden,” tambah bekas menteri itu ~ Astroawani.com

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.