Nor Afizah berkata, jumlah anggota pasukan berkenaan melibatkan anggota
EAIC, pakar perundangan dan siasatan, mungkin akan ditambah sekiranya
mereka memerlukan khidmat perunding bebas.
Tambahnya, siasatan pasukan tersebut tidak akan bertembung dengan
siasatan polis dan juga pendakwaan oleh Pejabat Peguam Negara ke atas
polis yang didakwa terlibat dengan kematian dalam tahanan itu.
Jelasnya, tugas berkenaan akan melengkapi siasatan tersebut.
Katanya lagi, suruhanjaya itu juga sehingga kini masih belum menerima
apa-apa aduan rasmi berhubung kematian dalam tahanan dan hanya bertindak
atas kepentingan awam.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.