
KUALA LUMPUR:
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpandangan
mereka yang membelakangi titah sultan supaya dikembalikan royalti minyak
mungkin boleh dikategorikan menghina raja.
Bekas
Menteri Besar Kelantan itu menyatakan beliau membaca laporan akhbar
berkenaan seorang wanita ditahan kerana menghina Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong.
“Saya optimis pihak berkuasa akan menjalankan siasatan sebaik-baiknya,” tulis beliau di blognya.
Beliau
menulis bahawa di sebuah negeri, pernah Sultan negeri berkenaan bertitah
di dalam Dewan Undangan Negeri agar dikembalikan royalti minyak dan
didaratkan gas yang ditemui di lautan negeri ke pantai yang terdekat.
Namun malangnya, kata beliau pembangkang di negeri berkenaan membelakangi titah Sultan.
“Barangkali ini juga boleh dimasukkan di dalam kategori menghina raja,” ujarnya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.