Kesediaan pembangkang untuk tidak memboikot majlis angkat sumpah di
parlimen batu-baru ini adalah merupakan tindakan yang tepat. Barangkali
satu kesilapan besar andainya pembangkang memboikotnya kerana di situlah
ruang dan peluang untuk mendedah atau bertanyakan sesuatu isu-isu
panas.
Disedari atau tidak,, mahu atau tidak, kini hampir keseluruhan batang tubuh SPR tertelanjang dengan sendirinya.
Tembelang mereka semakin jelas. Penipuan, keburukan
dan kepincangan mereka dalam PRU 13 yang lalu semakin terserlah,
walaupun belum seratus peratus!
Sehubungan itu Pengerusi SPR dan Timbalannya wajib benar dikenakan
tindakan dan meletak jawatan kerana kebodohan mereka dalam membuat
beberapa keputusan penting.
Mari kita lihat satu dari babak-babak penting yang berlaku di parlimen
kelmarin. Apabila didesak oleh Pembangkang syarikat mana yang
membekalkan dakwat yang kononnya berperisa makanan itu, ada menteri
menjawab bahawa nama syarikat pembekal bahan tersebut tidak boleh
didedahkan atas sebab-sebab keselamatan.
Wow ! dasyat !...tak lojik langsung,, semakin lucu pula jadinya..
Selama ini pembelian senjata perang termasuk kapal selam pun tidak
menjadi rahsia,, apa jadahnya pembekal dakwat (berperisa makanan) mahu
dirahsiakan?
Apa kena mengena dengan isu keselamatan? Keselamatan siapa yang mereka
nak jaga? Ish, ish, ish !! Lagi banyak bercakap semakin jelas kebodohan
pak-pak Menteri ni.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.