Followers

Saturday, June 8, 2013

Khairy Berjaya Tunai Hajat Rosmah Selamatkan Najib






[Ramai pemerhati politik melihat perlantikan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Belia Dan Sukan tidak lebih untuk menyelamatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dicabar pada Pemilihan UMNO kali ini. 

Umum mengetahui, Khairy sebenarnya bukanlah "orang Najib" kerana beliau adalah menantu Pak Lah yang amat tidak digemari oleh proksi Najib iaitu Tun Mahathir. 

Lantaran itulah ramai terkejut apabila Khairy tidak dilantik ke kabinet Najib walau pun menang pada pemilihan jawatan Ketua Pemuda UMNO, anehnya Mukhriz Mahathir yang tewas kepadanya pula diangkat Sebagai Timbalan Menteri. 


Ramai melihat, Khairy kemungkinan besar tidak dicalonkan pada PRU-13 lalu. Namun, segalanya meleset. 

Khairy bukan sahaja terpilih mewakili BN untuk kekalkan kerusi Parlimen Rembau, malah kini diangkat pula sebagai Menteri. Persoalannya, kenapa ini berlaku?. 


Ada desas-desus mengatakan Najib terpaksa membawa Khairy  kerana akur dengan tuntutan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor. 

Rosmah dan Khairy sama-sama berasal dari Negeri Sembilan, maka itu amanah diberikan agar Khairy menjaga Najib supaya tidak ditentang oleh mana-mana pihak pada pemilihan UMNO kali ini. 

Ternyata, ramalan itu bagai menjadi kenyataan apabila awal-awal lagi dalam mesyuarat Exco Pemuda UMNO baru-baru ini Khairy menyatakan pemuda sebulat suara menyokong Presiden dan Naib Presiden UMNO tidak ditentang pada pemilihan kali ini. 

Sekali pandang, mungkin ia pandangan exco pemuda UMNO. Namun dari sudut yang lain jelas sekali Khairy telah menunaikan amanat Rosmah Mansor agar memastikan kedudukan Najib selamat. 

Inilah hakikat yang berlaku, walau pun ramalan awal mengatakan ada perlawanan jawatan nombor satu itu sebenarnya. Kini, Najib selesa bersama Khairy demi survival perjuangan politik beliau meneruskan penguasaannya].  

PDO

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.