KUALA LUMPUR 1 Jun: Kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar
rakyat yang tidak bersetuju dengan proses pilihan raya berpindah ke luar
negara ibarat terkena batang hidung sendiri, kata Ahli Majlis Pimpinan
Pusat KEADILAN, Datuk Johari Abdul.
Beliau
mengulas tindakan Umno BN mahu memfailkan lebih 50 petisyen membabitkan
kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Mahkamah Tinggi
sebelum 11 Jun nanti.
“Sebelum ini Zahid Hamidi dengan angkuh menyuruh rakyat Malaysia yang
tidak menerima keputusan PRU lalu supaya keluar dari negara ini.
“Kenyataan Zahid ini tidak ubah seperti menjilat ludah sendiri
apabila Umno BN pula mahu failkan petisyen pilihan raya. Mungkin mereka
sendiri pun sudah tidak yakin dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),”
ujar Johari sinis.
Justeru katanya, Zahid sepatutnya mengkaji terlebih dahulu sebelum
membuat kenyataan dan melemparkan tuduhan terhadap Pakatan Rakyat.
Zahid, yang juga Naib presiden Umno sebelum ini menyeru golongan yang
enggan menerima sistem pilihan raya agar meninggalkan negara ini dan
berhijrah ke negara lain.
Kenyataan itu turut disokong Timbalan Pengerusi Perhubungan BN
Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang meminta rakyat yang tidak bersetuju
dengan sistem pilihan raya agar “duduk di dalam hutan”.
Mengulas lanjut, Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani
menambah, bilangan petisyen yang ingin difailkan BN menunjukkan tahap
kepercayaan mereka kepada SPR jauh lebih buruk berbanding Pakatan
Rakyat.
“Pakatan hanya (mahu fail petisyen) 30 lebih sahaja tetapi Umno BN
lebih 50 petisyen, ini sudah parah dan terus memburukkan kredibiliti SPR
sebagai badan bertanggungjawab.
“Jadi saya gesa, eloklah Pengerusi SPR dan timbalannya meletakkan
jawatan ekoran krisis kepercayaan oleh parti yang bertanding dalam PRU
lalu,” ujarnya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=52913
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.