Utusan buat cerita dengan tajuk : Menanti penyatuan orang Melayu...
Seorang nelayan kudung kedua belah kak, Zakaria Uda, 65, menggantung
bendera parti Umno dan PAS di beranda rumahnya sebagai tanda menyokong
perpaduan kedua parti parti tersebut untuk masa hadapan ummat Islam dan
orang Melayu ......
Ramai yang beranggapan PAS dan Umno patut bergabung demi untuk masa hadapan ummat Islam dan orang Melayu.
Nih aku nak cerita sikit bila tengok gambar tu. Mula-mula sekali, minta
maaflah, aku nak cakap betul, apa yang aku tergambarkan ~ aku
teringatkan orang kat Alor Star, Kedah tu.Korang tentu tahu siapa yang
aku maksudkan itu.Adakah korang nak nangis tengok gambar atas tu?
Ada manusia yang Allah jadikan tanpa kaki dan lengan kedua-keduanya tapi masih mampu bergembira! Apahal dengan korang?
Ada manusia yang Allah jadikan tanpa kaki dan lengan kedua-keduanya tapi masih mampu bergembira! Apahal dengan korang?
Perkara kedua, ialah bila Utusan tu buat spin! Apakah benar, orang Melayu boleh bersatu hanya dengan bergabung dalam satu parti?
Bior aku ceritakan ini ~ aku ada sorang kawan yg ada lori.Rakan-rakan kat kampung tentu kenal dia ni kalau aku cerita....
Dia gunakan lori tu untuk cari makan.Kerjanya pasang khemah.Hamidah pun
panggil dia untuk pasang khemah.Aku pun panggil dia untuk pasang khemah
atau mengangkut buluh dan pasang bendera....Alahai...senang cakap, nama
dia ialah Jeff!
Tak perlulah nak berselindung-selindung bukan dia buat kerja jahat atau
kotor. Nak bagi tau kat korang, Jeff ni pasang kat lorinya tu bendera
PAS, bendera Umno, bendera PKR dan juga DAP! (Silap aku tak ambil gambar
lori tu!)
Bila orang tanya, dia jawab, "Semua aku kawan!"
Memangnya Jeff ni banyak kawan.Orang Umno pun dia kawan sebab dia dulu pernah jadi Ketua Pemuda depa pun!
Dengan PAS pun dia kawan, dia pun dah jadi ahli pas .... sumbangannya
kepada PAS Sungai Rokam pun berbaloi juga.Aku tak marah dia buat kerja
dgn Hamidah, dia nak hidup dan itu sumber rezekinya nak nanggung anak
dan bininya.Bukannya dia buat secara percuma!
Dengan PKR pun dia menyumbangkan bakti.Dia ada juga bantu Fatmawati
Salim , Ketua Wanita PKR yang bertanding di Kuala Kangsar ..DUN apa
nama? Pedulilah...aku tulis bersantai sahaja ni!
Dengan DAP? Aku tak berapa pasti apa sumbangannya....Apa yang aku nak
katakan di sini ialah, Jeff ni kerja dia cari makan.Memang itu pun yang
dia cakap dengan semua orang.Jadi orang tak boleh marahkan
dia.Terang-terang dia bubuh bendera semua parti tu kat lori dia.jangan
susahkan aku sudah katanya!
Pada aku, gambar Zakaria Uda ini cuba di exploitasikan oleh Utusang Meloya dengan cerita mengarut 'Penyatuan Orang Melayu'
Pada aku, kemungkinan besar dia mengharapkan simpati kedua-dua parti,
tak kira PAS atau Umno, "Bantulah aku yang tak ada kaki ini..." mungkin
itu rintihan hati kecilnya.
Zakaria tu dari Kuantan ~ tempat PM Najib! Adakah Najib ambik kisah
pasal orang yang malang ini? Tak nampak pun ada kerusi roda atau kaki
palsu....apa kata, PAS belikan satu kaki palsu yang kanan, dan Umno
belikan kaki palsu yang kiri pula .....nampak bunyi kelakar, tapi apa
salahnya kalau dalam hal kebajikan sebegini, PAS dan Umno dapat
bekerjasama? Stop. Korang jangan meleret-leret nak gi pasal perpaduang
pulak.
Atau mungkin juga sebagaimana berlaku di sebuah rumah kat kampung saya
ni.Oleh kerana anak-anaknya menyokong berlainan parti, rumahnya terpacak
dua bendera ~ PAS dan Umno! Anak-anaknya aman duduk serumah dan buat
kerja untuk parti masing-masing.
Panjang pula aku berceloteh pagi ini.Aku tak suka tulis panjang-panjang
mcm ni biasanya.Aku harap korang maafkanlah diatas ketelanjuran ini.
Untuk menjawap persoalan mengenai 'Penyatuan Melayu' ini apa kata kita
lihat dahulu penyatuan Melayu dalam parti Umno itu sendiri.
Nama UMNO - United Malay Nationalist Organisation itu sendiri
menunjukan sikap ketidak mampuan parti itu untuk memuliakan atau
memertabatkan bahasa Melayu.Banyak perkara yang boleh dibahaskan
mengenainya.Kalau rajin korang sendiri baca di sini atau pun di sini.
Kalau soal nak memertabatkan bahasa Melayu itu pun tak mampu, apa tah
lagi kalau nak memertabatkan bangsa Melayu itu sendiri!Dah 56 tahun
lebih, Umno berkuasa masih gagal membuktikan kemampuannya. Nak berapa
tahun lagi ? Lupakanlah Umno! Korang fikirlah sendiri.
Apakah bangsa Melayu dalam Umno itu sendiri benar-benar bersatu padu?
Umno nak buat Perhimpunan Agongnya pun terpaksa ditangguhkan kerana khuatir akan berlaku perpecahan.
Kenapa boleh berlaku perpecahan? Kerana setiap kali ada pemilihan, Umno
menipu sesama sendiri untuk berebut jawatan.Pasal apa nak rebut jawatan?
Kerana jawatan memberikan kuasa.Kuasa bermakna boleh buat fulus!
Dalam Umno, segala-nya adalah fulus.Mereka membeli kuasa dan pengaruh dengan fulus.
Sebab itu dalam Umno, hidup dan mati mereka adalah kerana fulus. Bagi Umno, 'Fulus' adalah tuhan!
Kita dapat lihat bagaimana berleluasanya Umno mempergunakan kuasa fulus
yang ada pada mereka dalam PRU-13 yang lalu.Nak bukti apa lagi? Bukti tu
ada kat korang sendiri!
Aku tabik spring kepada Saifudin ini.Kalaulah semua pemimpin Umno berhati mulia macam dia ni, rakyat Malaysia tetap bersatu padu dan tidak berpecah walaupun masing-masing berjuang dalam parti yang berbeza.
Ada yg undi BN. Ada yg undi PR. Undi yg berbeza tidak menjadikan mereka mendapat layanan yg berbeza. Kerana semua mereka adalah rakyat Malaysia.
Aku tabik spring kepada Saifudin ini.Kalaulah semua pemimpin Umno berhati mulia macam dia ni, rakyat Malaysia tetap bersatu padu dan tidak berpecah walaupun masing-masing berjuang dalam parti yang berbeza.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.