Semalam selagi lagi himpunan Black out
"505" telah berjaya menarik ribuan orang ramai yang diadakan di Markas
PAS Kuala Ibai, Kuala Terengganu.
Puluhan ribu rakyat yang berbaju serba hitam telah berkumpul untuk mendengar ucapan dari pemimpin pemimpin Pakatan Rakyat .
Selain DSAI, Timbalan Presiden PAS Tuan
Hj Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS, Dato' Hj Husam Musa, Pengerusi PKR
Negeri Terengganu merangkap ADUN Bandar,YB Azan Ismail dan ADUN Batu
Buruk YB Dr Syed Azman turut hadir.
Himpunan semalam juga disiarkan secara
langsung melalui internet dapat ditonton keseluruh dunia .Isu isu yang
banyak dikupas oleh penceramah adalah berkisar keputusan pilihanraya
serta penipuan.
Cuma sedikit kelainan apabila tiba
giliran Saudara Mat Sabu berucap, suasana tapak ceramah menjadi riuh
rendah dengan gelak ketawa apabila Mat Sabu mengeluarkan hujah secara
berjenaka.
Mat Sabu membangkitkat isu penangkapan
pemimpin pembangkang semalam, beliau mengatakan "PENDEKAR BAGAN DATO"
merujuk kepada Zahid Hamidi sudah menunjukan belang.
Beliau berkata sebelum bertolak ke K.Trengganu beliau menerima talipon dari Tamrim Ghafar Baba yang di tangkap semalam.." ..
Ghafar Baba berkata '"
semasa aku di dalam Umno semua benda jahat aku buat tapi pihak
berkuasa tak tangkap pun aku,' Tetapi bila saya baru nak buat baik aku
nak bertaubat dan duduk didalam jemaah Pas saya ditangkap " ...
Inilah realitinya negara kita Malaysia kata Mat Sabu, sambil disambut dengan laugan takbir oleh para hadirin....
Ceramah yang di pegerusikan oleh Jahari
Abdul di akhiri pemidato terakhir iaitu YB Anwar Ibrahim, Tepat Jam
11.30 malam himpunan diakhiri dengan menyanyikan lagu negaraku secara
beramai ramai oleh hadirin.
BATU VS KAYU
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.