Gambar
diatas menunjukkan billboard calon Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen
Permatang Pauh untuk PRU13 ini.. Dalam billboard tersebut Dr. Mazlan
Bin Ismail mendakwa dan menobatkan dirinya sebagai calon paling bersih
untuk PRU13 ini.
Dakwaannya itu menjadikan kesemua calon-calon pilihan Najib bagi mewakli Barisan Nasional dalam PRU13 ini adalah kurang bersih..
Dalam
manifesto setebal 8 mukasurat yang disebarkan keseluruh Permatang Pauh
oleh Jentera Pilihanraya Barisan Nasional Permatang Pauh, Dr. Mazlan
mendakwa beliau memegang prinsip 'setiap kata mesti dikota'oleh itu
setiap janji pasti ditepatinya.
Dari
sembilan akujanji yang dibuat beliau dalam manifesto tersebut, akujanji
yang kesembilan paling menarik dimana beliau telah menyatakan akan
meningkatkan pendidikan, ilmu dan kefahaman terhadap agama Islam.
Ini akan
dilakukan dengan cadangan penubuhan Kolej Islam, Sekolah Menengah
Agama, meningkatkan prasarana Maahad Tahfiz yang sedia ada serta
kepelbagaian program dan aktiviti kearah memakmurkan masjid, Surau serta
Pusat-pusat pengembangan ilmu dan dakwah moden serta tradisional.
Apakah benar beliau melaksanakan semua itu?.. dan apakah benar juga beliau merupakan 'Calon Paling BERSIH'?..
Video dibawah mendedahkan segalanya.. sila tingkatkankan volume anda..
Ustaz
Mutalib adalah seorang tokoh agama yang terkenal dan disegani di
Permatang Pauh dan juga Pulau Pinang, beliau adalah Pengasas dan juga
Mudir An-Nahdhoh..
Selama
ini beliau tidak pernah mempersoalkan siapa yang akan bertanding di
Permatang Pauh.. tetapi apabila nama Dr. Mazlan dicalonkan oleh UMNO/BN
Permatang Pauh.. beliau mendedahkan segalanya..
Apa yang
didedahkan oleh beliau ini ialah sifat sebenar Dr. Mazlan sebelum
beliau bertanding untuk menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh..
Bayangkan apa yang akan berlaku jika beliau berjaya mengalahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh ini..
Jika seorang tokoh agama boleh diperlakukannya sebegitu rupa.. kita rakyat biasa apalah sangat..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.