Sejuta Laporan Polis pun tidak akan mengubah keputusan Pilihan Raya kata Timbalan Pengerusi SPR ?
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata laporan polis
mengenai dakwat kekal tidak akan cukup untuk mempertikaikan keputusan
pilihan raya umum ke-13, kerana dakwat itu hanya satu elemen tambahan
untuk proses pilihan raya.
Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata
demikian bagi mengulas laporan polis Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar
Ibrahim mengenai dakwat kekal yang dibuat dalam tempoh tiga minggu
selepas hari mengundi pada 5 Mei.
"Dia menggunakan isu dakwat kekal kerana Pakatan Rakyat
kehabisan idea. "Dakwaan Pakatan bahawa lebih 45,000 warga Bangladesh
adalah pengundi hantu telah menjadi satu bahan ketawa kerana ia tidak
masuk akal sama sekali," kata Wan Ahmad berkata seperti yang dilaporkan
oleh portal berita, The Mole.
"Anwar membuat laporan polis dan mengarahkan
penyokong-penyokongnya untuk melakukan perkara yang sama hanya kerana
mereka mahu memastikan petisyen mereka akan disokong oleh sebab yang
kukuh.
"SPR mengakui bahawa terdapat kes-kes di beberapa kawasan
yang pekerja kita mempunyai beberapa masalah dengan dakwat. Tetapi
seperti yang kita kata banyak kali, dakwat kekal digunakan sebagai satu
elemen ditambah bagi mengelak pengundian berganda, "
Wan Ahmad juga berkata tidak ada cara untuk pengundi untuk
membuang undi mereka dua kali kerana nama mereka akan diperiksa
dan dipotong oleh kakitangan SPR dan ejen parti politik.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.