YB Nik Nazmi Nik Ahmad
Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Setia (ADUN) Nik
Nazmi Nik Ahmad didakwa bawah Akta Perhimpunan Aman kerana gagal memberi
notis 10 hari kepada polis untuk mengadakan perhimpunan mempertikaikan
keputusan pilihan raya umum di Kelana Jaya, Selangor sebelum ini.
Beliau sebagai penganjur bagi Pakatan Rakyat dituduh melakukan kesalahan itu pada jam 8.30 malam di Stadium Kelana Jaya.
Nik Nazmi, yang juga ketua komunikasi PKR mengaku tidak
bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya Rohana Ayub dan
dibebaskan tanpa ikat jamin.
Beliau dituduh bawah seksyen 9(1) yang kita sabit kesalahan boleh tidak lebih daripada 10,000.
Menurut undang-undang, beliau akan hilang kelayakan sebagai wakil rakyat sekiranya jumlah denda ditetapkan lebih RM2,000.
Dalam perhimpunan 8 Mei lalu - tiga hari selepas keputusan
pilihan raya - lautan manusia membanjiri Stadium Kelana Jaya dengan
berpakaian hitam bagi menyatakan bantahan mereka terhadap dakwaan
penipuan pilihan raya yang menyaksikan Pakatan gagal merampas kuasa.
Perhimpunan yang rata-ratanya dihadiri anak muda itu juga
menyebabkan kesesakan lalu lintas luar biasa di Kuala Lumpur sehingga
lewat pagi.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.