PRU13: 5 Mei undi, 6 Mei bentuk kerajaan, 7 Mei turun harga minyak
PULAU PINANG: Rakyat Malaysia bakal merasai penurunan harga minyak kenderaan
dalam masa lima hari lagi dari sekarang jika Pakatan Rakyat diberikan
mandat memerintah Malaysia kata, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat
(PKR), Datuk Saifudin Nasution Ismail.
"5 Mei kita mengundi, 6 Mei kita tubuh kerajaan baru, 7 Mei kita dapat harga minyak yang baru, insya Allah," kata Saifudin.
Masa sudah tiba ujarnya, untuk rakyat buat perubahan ke arah yang lebih
bebas tidak terkongkong dengan bebanan kenaikan harga barangan selepas
ini terutamanya harga petrolium yang makin meninggi.
"Pakatan Rakyat tak janji kosong. Dah tak sampai
seminggu ia akan jadi kenyataan. Berilah sokongan padu untuk melihat
segala-galanya," jelasnya yang juga calon Parlimen Kulim Bandar Baru,
Kedah.
Tegas beliau lagi, selepas sahaja diistiharkan Pakatan Rakyat menang
keesokan bakal Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan
mengunjungi Istana Negara bertemu Yang Dipertuan Agung kemudian balik ke
Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk berucap sebagai Perdana Menteri
yang ke tujuh serta mengumumkan penurunan harga minyak serta merta.
Kepada sesiapa yang hendak menyaksikan sendiri peristiwa bersejarah itu
di Kuala Lumpur, masih kena bayar tol seperti biasa bila ke Kuala
Lumpur.
Selang beberapa hari selepas pembentukan kabinet kerajaan Pakatan Rakyat
barulah apa yang dijanjikan termasuk tol lebuhraya, Tabung Pendidikan
Tinggi Nasional (PTPTN) dan sebagainya akan diumumkan.
"Selepas itu rakyat barulah merasai keamanan, kebebasan dan keharmonian hidup dalam sebuah negara yang merdeka," katanya.
Menyentuh mengenai calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Permatang Pauh,
Dr Mazlan Ismail yang melebelkan dirinya sendiri sebagai calon paling
bersih diposternya Saifudin menyifatkan, ia menggambarkan keangkuhan
sedangkan para ulamak yang muktabar pun masih merendah diri tidak
sombong dan angkuh.
Adakah calon paling bersih itu jika menang berani tegur pimpinan Umno dan BN atau duduk diam membisu.
"Calon BN anggap dirinya bersih... masuk bakul angkat sendiri. Bila
sudah berada dalam 'tong najis' mana boleh bersih lagi melainkan mandi, sabun dan tukar pakaian baru jadi bersih sebersih bersihnya," terang beliau.
Shalehudin.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.