Takkan dia nak syak kalau pengundi hantu tu hulur kad pengenalan yang ada muka dia tapi nama dan no kad pengenalan penama yang dia nak 'tolong' undi tu.
AstroAwani melaporkan:
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mencabar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin supaya menjawab mengenai kewujudan pengundi hantu di Parlimen Rembau yang mungkin menyumbang kepada kemenangan beliau pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Cabaran itu dibuat selepas pihaknya menerima aduan daripada lapan pengundi yang tampil dengan laporan polis yang dibuat kerana mereka dihalang daripada membuang undi apabila orang lain telah mengundi menggunakan nama mereka. - AstroAwani.
ePaper Harakah. Harakah cetak versi digital untuk langganan.
Homestay Tempayan Hijau Penginapan budget di Parit Buntar
Aku yakin lepas ni tentu punya pengerusi atau timbalan pengerusi SPR akan beraksi macam 'si anjing Umno' dengan bagi 'alasan bangang' untuk menjawab tuduhan Rafizi ni.
Mungkin bangang bagi aku tapi aku yakin walauj sebangang mana pun alasan yang pengerusi atau timbalan pengerusi SPR akan bagi, 'majoriti' rakyat Malaysia berbangsa Melayu akan terima, ataupun mungkin lebih tepat lagi, majoritinya tak peduli pun, janji ada alasan.
Cuma yang akku mushkilnya takkan 8 nama saja. Kalau takat 8 nama memang senangsangat la pengerusi dan timbalan pengerusi SPR nak bagi alasan dan kalau bawah buat petisyen dan naik mahkamah pilihanraya aku yakin hakim akan buang kes.
Sinarharian pula melaporkan:
Pada masa ini, pihaknya dihadiri oleh lapan pengundi yang tampil mendedahkan penipuan pilihan raya yang melibatkan pengundi hantu.
Antaranya ialah Kamarulzaman Md Adnan dari Parlimen Sungai Petani; Mohd Khir Shaari dari Parlimen Rembau; Mohd Razmi Khalid dari Parlimen Kuala Selangor; Nor A'risah Ab Yamin dan Lee Hou Cyang dari Parlimen Serdang; Zaripah Abdul Halim dari Parlimen Kemaman; Sairah Jusoh dari Parlimen Tumpat dan Mohamad Khairul Azhar Yang Ali dari Parlimen Shah Alam.
Dalam pada itu, katanya #SiasatPRU13 sedang mendapatkan persetujuan daripada lapan pengundi terbabit untuk membuat Akuan Bersumpah mengenai kejadian itu bagi mengukuhkan bukti yang ada. - Sinar.
Pasainya kalau takat 8 orang macam tu dari berpuluh juta pengundi, apa ada kesannya. Kecuali la kalau ada nama-nama berkenaan tu di kawasan yang cuma menang majoriti 1 undi, kut tok hakim takdak alasan untuk tak terima petisyen tu.
Aku yakin sebenarnya ada ramai lagi yang terlibat kes macam ni tapi tak mau kedepan buat laporan atas alasan tersendiri yang tentunya ketakutan adalah alasan paling utama.
Selain darii tu aku yakin banyak lagi pengundi hantu yang mengundi guna nama pengundi lain tapi tak kantoi pasai penama sebenar tak balik mengundi.
Aku cukup yakin itu modus operandi penipuan jenis ni dimana pihak yang celaka tu dah pun kenalpasti nama-nama pengundi yang tak keluar mengundi sebelum ni dan depa ator supaya pengundi hantu 'tolong' mengundi untuk nama-nama tersebut, mungkin siap dibagi kad pengenalan palsu.
Apa yang PACA kita boleh buat, takdak apa pasai depa tak sedar pun pengundi tu pengundi hantu. Lagi pun takkannya PACA kita kenal semua pengundi yan mengundi di saluran yang dia jaga tu.
Macam tu jugak petugas SPR yang semak nama di bilik mengundi sebelum dibagi kertas undi. Takkan dia nak syak kalau pengundi hantu tu hulur kad pengenalan yang ada muka dia tapi nama dan no kad pengenalan penama yang dia nak 'tolong' undi tu.
Patutnya dakwat kekal boleh halang kerja celaka macam ni tapi malangnya SPR tipu kita, dakwat kekal yang kononnya boleh kekal sampai 5 hari tapi boleh hilang dalam masa tak sampai 5 minit.
Kat bawah ni bukti laporan polis penama-penama tu.
Kredit imej: Zulmamakpng
Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2013/05/modus-operandi-sebenar-pengundi-hantu-rafizi-8-bukti-pru13.html#ixzz2Tpsi8muR
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.