<a
href='http://ads.planet49.com/www/delivery/ck.php?n=adcc851f'
target='_blank'><img
src='http://ads.planet49.com/www/delivery/avw.php?zoneid=1739&n=adcc851f&ct0=INSERT_CLICKURL_HERE'
border='0' alt='' /></a>
5 KUALA LUMPUR: Pencetak rasmi akhbar Harakah, Angkatan Edaran Sdn. Bhd hari ini membuat laporan polis berhubung Harakah palsu yang dipercayai diedar di seluruh Selangor hari ini.
Pengarah Urusan Angkatan Edaran, Azlan Jan membuat laporan polis tersebut di balai polis seksyen 15, Shah Alam hari ini.
Menurut laporan, dipercayai penyebaran Harakah palsu itu hari ini mensasarkan seluruh masjid di Selangor sempena solat Jumaat hari ini.
Naskah palsu itu turut dijumpai para petugas PAS sebelum memaklumkannya kepada Azlan untuk membuat laporan polis.
Sehubungan itu juga, semua pihak diseru tidak termakan propaganda murahan yang dimuat dalam Harakah palsu terbabit khusuanya menjelang pilihan raya umum 5 Mei ini.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.