Followers

Friday, May 24, 2013

'Gesa letak jawatan, seperti tak hormat perlembagaan, Agong'

 

Wan Ahmad dan bos SPR tolonglah letak jawatan segera...tolonglah!


Selepas Zahid Hamidi 'menghalau' penyokong PR keluar negara, si badot Noh Omar 'menghalau' ke hutan rimba, datnglah pulak si mangkok hayun mulut busuk ini, konon orang yang mendesak dia dan bos dia letak jawatan adalah seperti tak hormat perlembagaan dan Agong! 

Ewah...ewah...bercakap pasal tak hormat perlembagaan dan Agonglah pulak!!

Woit...nak tanya sikit? Yang SPR tipu pilihanraya 13 dengan macam-macam helah dan penipuan itu, hormat perlembagaan? Hormat Agong? Dakwat yang kau heboh-heboh sebagai dakwat kekal tu, tiba-tiba jadi tak kekal, kau tipu rakyat.....hormat perlembagaan? Hormat Agong?
Taik ngko!

Wan Ahmad, tuan sekarang telah tidak lagi bersuara seperti mana sepatutnya Timbalan Pengerusi SPR Malaysia bersuara. Suara tuan saling tak tumpah suara 'ahli atau pencacai umno', tuan terlalu sibuk menentang pembangkang kepada Umno/Bn dan menentang suara 5.2 juta rakyat penyokong PR yang sngat yakin bahawa PRU 13 kendalian SPR pimpinan tuan dan bos tuan, penuh penipuan dan kejahatan!

Tuan sebenar-benarnya, memang tidak boleh diharap lagi sebagai pegawai yang berintegriti dan berkecuali, melainkan tuan hanya bertaraf JKKKK umno yang hanya tahu merapu dan pongoh! Justru itu, saya bersetuju dengan semua orang, tuan dan bos tuan perlu LETAK JAWATAN SEGERA....SEGERA!!!!! 

Kamu tak layak nak berhujah konon orang yang menggesa kamu letak jawatan sebagai tak hormat perlembagaan dan Agong kerana kepala otak dan mulut busuk kamu amat mengganggu suasana.!
dipetik dari harakahdaily:
 
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar menyifatkan gesaan pembangkang agar pengerusi SPR dan dirinya meletakkan jawatan, kononnya pilihan raya kali ini tidak telus, adalah seperti tidak menghormati perlembagaan negara dan juga Yang di-Pertuan Agong.   

Beliau berkata SPR adalah sebuah badan bebas yang tidak mewakili mana-mana parti dan dilantik melalui perbincangan Majlis Raja-Raja sebelum diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, justeru tugas SPR tidak seharusnya diperlekeh. 

"Mereka tidak menghormati perlembagaan dan Agong, sewenang-wenang menyuruh pengerusi dan timbalan pengerusi meletak jawatan... pembangkang nak lantik siapa? Nak lantik orang dia?... inilah fikiran orang sempit, fikiran selapis orang panggil.    

"SPR tidak telus dari kaca mata mereka, kita telah lakukan yang terbaik tetapi tetap dituduh tidak telus... kalau tidak telus dan kalau SPR ini berpihak pada Barisan Nasional, takkanlah mereka menang 89 kerusi, menang begitu mudah di Selangor dan Pulau Pinang?," katanya.   

Katanya beliau percaya mereka itu mempunyai agenda lain sama ada berbentuk peribadi atau mahu memporak-perandakan negara dengan menghasut rakyat dan generasi muda selain memupuk budaya kebencian.    

Sementara itu, ketika bercakap kepada Bernama selepas diwawancara dalam program Hello Malaysia oleh Bernama TV, malam tadi, Wan Omar berkata kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya yang ditangguhkan sejak dua tahun lepas, akan dimulakan tidak lama lagi secara berperingkat-peringkat.    

Katanya, mengikut Perlembagaan Persekutuan Perkara 113 (2) (ii), persempadanan semula boleh dilakukan setelah tempoh lapan tahun persempadanan kali terakhir tamat. 
 
"Persempadanan semula terakhir dilakukan adalah pada 2003 dan persempadanan semula sepatutnya dibuat pada 2011 tetapi kita tangguhkan hingga pilihan raya umum ke-13 selesai.    

"Persempadanan perlu dilakukan kerana perlembagaan menetapkan setiap lapan tahun, sekurang-kurangnya, SPR perlu membuat kajian semula kawasan sempadan pilihan raya... justeru kita akan lakukan secara 'slow-slow' sebelum menyerahkannya kepada Parlimen untuk tindakan lanjut," katanya.    

Beliau berkata persempadanan semula itu amat penting kerana dalam tempoh 10 tahun ini negara mengalami banyak perubahan termasuk berlakunya penghijrahan rakyat dari bandar ke bandar.

"Sebagai contoh ketika kita buat persempadanan pilihan raya pada 2003, kawasan Kota Damansara tidak semaju seperti sekarang. Mutiara Damansara tiada dan malah kini banyak kawasan setinggan telah dirobohkan dan rumah pangsa dinaikkan, jadi sudah tentu pengundinya berubah," katanya.- Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.