Thursday, May 02, 2013
PRU 13: Allah Tunjukkan 2 Perkara Lagi. Anak Zaid Hamidi & Pukul...
Zahid Hamidi Menteri BN.
PERTAMA:
BEGINI beritanya..
29 April, 2013 Anak Zahid Hamidi kemalangan!
2) Berita baru masuk memaklumkan anak Zahid Hamidi telah mengalami kemalangan jalanraya di Rungkup. Keadaan beliau kini koma dan dimaklumkan sedang menerima rawatan di wad ICU Hospital Ipoh.
Berita selanjutnya yang lengkap akan menyusul.
P/S: Diharap Zahid Hamidi banyakkan berdoa mohon Allah S.W.T kembalikan kesihatan anak beliau. Jangan dok pongpang2 ceramah memburukkan Pakatan Rakyat dan fitnah sana-sini! Ok
Terkini 7.22 ptg
Anak Zahid Hamidi yang mengalami kemalangan bernama Hafiz. Kemalangan berlaku apabila motor berkuasa besar yang ditunggangi tergelincir sendiri. Kini dimaklumkan si Hafiz telah dipindahkan ke Hospital di Kuala Lumpur. Keadaan masih lagi koma.
Semasa kemalangan berlaku kebetulan beberapa orang pemuda Pakatan Rakyat ada di kawasan berhampiran. Mereka yang menguruskan penghantaran si Hafiz ke Hospital. P/S: Geng PR lagi!
Terkini 11.04 pm
Anak Zahid Hamidi kini berada di Hospital Tawakkal Kuala Lumpur. Akan menjalani pembedahan tempurung kepala ekoran kemalangan yang dialami. Zahid Hamidi kini meninggalkan hiruk pikuk politik untuk berada di samping anak beliau.
Sumber dari Subky Latif yang telah membuat lawatan ke hospital tersebut.
P/S: Pakatan Rakyat lagi! tadi golongan marhaen, kini pimpinan pulak! err.. lupa nak tanya samada pimpinan UMNO membuat lawatan atau tidak!
Kisah Zahid Hamidi:
Dalam kempennya kepada pengundi Zahid Hamidi berpesan "Kalau muslimat PAS datang merayu undi ke rumah tuan2 dan puan2, jangan bukak pintu, jangan jawab salam!"
Selepas kejadian eksiden yang menimpa anaknya sehingga koma, keadaan dah terbalik! Dalam satu majlis perjumpaan ahli majlis amanah ikhtiar di Bagan Datoh, Zahid Hamidi sambil menitiskan airmata merayu muslimat PAS mendoakan anak beliau yang masih dalam keadaan koma walaupun telah dibedah tempurung kepala kelmarin.
Kisah anak Zahid
Kejadian kemalangan yang berlaku depan mata anak sahabat aku (nama dirahsiakan). Alkisahnya, sebelum kejadian si Hafiz ni (anak Zahid Hamidi) menaburkan risalah2 memburukan Mursyidul Am PAS TGNA di sekitar kampung2 dalam parlimen Bagan Datoh.
Apabila melintasi kawasan petugas Pakatan Rakyat sedang membuat kerja2 menggantung bendera kempen, beliau dengan angkuh menunjukkan isyarat thumb down kepada petugas2 tersebut. Akibat perbuatan itu motosikal berkuasa tinggi yang sedang ditunggangi (Motosikal Zahid Hamidi punya) tergelincir lalu berlakulah kemalangan. Melihat kejadian tersebut, petugas2 Pakatan Rakyat yang telah di 'thumb down' tadi lah yang menolong menyelamatkan beliau seterusnya menguruskan penghantaran ke hospital!
Nampaknya, Allah SWT bayar tunai akibat dari perbuatannya. Moga-moga beliau dan anaknya, cepat-cepat insaf!
KEDUA
Zamri menunjukkan muka Zulkifli yang lebab dipukul sambil Zulkifli memegang salinan laporan polis
Petugas PAS dipukul ketika sedang solat KUALA LUMPUR: Seorang petugas PAS mendakwa dipukul seorang lelaki ketika sedang mengerjakan solat Asar di Surau Muhajirin, Jalan Raja Alang, Kampung Baru, Isnin lalu.
Dalam
kejadian jam lima petang itu, Zulkifli Jaffar, 44 ditendang muka sebelah
kanan dan dan mukanya ditumbuk sebanyak dua kali oleh seorang lelaki
pertengahan umur yang dikenali dengan nama Sabri.
Orang
ramai yang berada di tempat kejadian kemudiannya menghalang Sabri
daripada bertindak lebih agresif lagi. Ekoran kejadian itu, Zulkifli
yang cedera di bahagian mata membuat laporan polis di Balai Polis Chow
Kit.
"Saya tak tahu apa punca sebenar dia memukul saya, apa yang dia tak puas hati dengan saya.
"Mungkin sebab dia nampak saya selau ada di pondok PAS Di Chow Kit sebab bangsal itu dibuka 24 jam.
"Lepas
kejadian itu, saya dan kawan-kawan pun rasa tak selamat, rasa tak sedap
hati bila berada di bangsal PAS," katanya pada sidang media bersama
calon PAS Parlimen Titiwangsa, Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi dan peguam
Noor Azmir Zakaria di Pusat Media Parlimen Titiwangsa, dekat sini hari
ini.
Sementara
itu, pada malamnya pula, peniaga di Chow Kit, Abdul Rahim Taib, menjadi
saksi kejadian ugut ke atas petugas PAS di pondok parti itu. Menurut
Rahim, 57, beliau nampak seorang pemuda menghampiri pondok PAS dan
menyuruh orang di dalamnya keluar sebelum mengacukan pisau ke arah
mereka.
Kejadian tersebut berlaku pada jam 9.15 malam ketika orang ramai masih lalu-lalang di kawasan itu. Menyedari
kejadian itu, polis yang membuat rondaan di kawasan tersebut terus
menangkap dan membawa lelaki itu menaiki kereta polis.
Dalam
kejadian lain, sebuah pondok PAS di UPU Kompleks Damai,berhampiran
Grand Season disamun pada jam tiga pagi, Isnin lalu. Ketika itu, petugas
yang menjaga pondok tersebut terlelap. Dia dikejutkan dengan bunyi
motosikal yang dinaiki dua pemuda.
Pemuda
tersebut kemudiannya menghalang dia bertindak dan melarikan tabung
berisi wang kira-kira RM200. Sehubungan itu, Zamri menggesa pihak polis
meningkatkan kawalan di kawasan tersebut dan mewujudkan balai polis
bergerak.
"Kita tidak menolak kemungkinan kejadian kekasaran ini berlaku kerana suasana pilihan raya, rasa tida puas hati dan sebagainya.
"Tapi kita mahukan kempen secara bersih, bukan denan cara melakukan kegananasan dan provokasi.
"Jadi perlu kepada kaalan yang ketat oleh pihak polis dan balai pois bergerak diwujudkan di sekitar Kampung Baru," katanya.
Pengarah
Jentera Pilihan Raya PAS Titiwangsa Khairul Anuar Abdul Manap pula
melahirkan kekesalan atas sikap penyokong BN yang merosakkan bahan
kempen PAS.
"Di markas Taman Maluri, bendera dan poster PAS dirosakkan, dicabut selepas dipasang.
"Kita minta BN hentikan vandalisme ini dan berkempenlah secara profesional," katanya. (Hrkh)
Memukul orang Islam sedang sembahyang ini, ikut perangai siapa? Bayangkan kalau orang kafir memukul orang Islam sedang sembahyang di Malaysia, apa jadi? Tapi puak-puak asobiah jahiliah di Malaysia bukan sahaja sanggup pukul orang Islam sembahyang, bahkan pernah serang dan bunuh Tok Guru Ibrahim Libya di Baling tahun 1985 dulu.
Apa hukumnya? Na'auzubillahi minzalik.
Ibnu Hasyim.
*************************************************************
Jangan kita lupa:
http://anti-zahid.blogspot.com/2009/03/pendedahan-jenayah-ahmad-zahid-hamidi-x.html
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.