Memang tak salah dan semua pihak yang bertanding ada hak....
BN kaji fail petisyen keputusan PRU13
BN kaji fail petisyen keputusan PRU13
23 Mei 2013
KUALA
LUMPUR - Barisan Nasional (BN) sedang mengkaji untuk memfail petisyen
atau bantahan terhadap keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang
berlangsung 5 Mei lepas.
Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata panel peguam parti sedang meneliti perkara terbabit.
"Kita sedang lihat kesemua kawasan yang kita menang dan kalah tipis," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mewartakan keputusan rasmi PRU13.
Pengerusi
SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata berikutan pewartaan itu calon
dan parti politik yang tidak berpuas hati dengan keputusan mempunyai
tempoh 21 hari untuk memfailkan petisyen atau bantahan.
Petisyen boleh difailkan di Mahkamah Tinggi mengikut negeri masing-masing. - Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.