KUALA LUMPUR: Akhirnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dapat juga dua-pertiga majoriti tapi bukan di Dewan Rakyat.
Di sebalik populariti Najib yang
diwar-warkan di alam maya, satu majalah Australia hari ini membuat
dakwaan bahawa 70 peratus, melebihi dua pertiga followers (pengikut)
Najib di Twitter adalah akaun palsu.
Mengikut laporan Meld Magazine yang
berpusat di Melbourne, satu laman berita bebas, Najib menguasai carta
peratusan pengikut palsu teramai di Twitter di antara lapan tokoh
politik antarabangsa yang termasuk Presiden Amerika Syarikat Barack
Obama bersama perdana menteri yang lain daripada Australia, India,
Thailand, Jepun, Singapura dan Vietnam.
“Satu semakan menggunakan perisian
'online Fake Follower Check' mendedahkan secara mengejut 70 peratus
daripada 1.4 juta pengikut Perdana Menteri Najib adalah palsu,” kata
Meld Magazine bertarikh May 3.
Sekarang ini, Twitter Najib sudah mencecah 1.5 juta pengikut. (Data Meld Magazine mungkin sudah lari selepas 12 hari).
Di belakang Najib, ialah rakan sejawat
daripada Thailanda dan India, Yingluck Shinawatra dan Manmohan Singh,
pada 55 dan 54 peratus.
Menurut laporan itu lagi, hanya 15
peratus pengikut Najib dikategorikan sebagai pengikut yang baik manakala
15 peratus lagi adalah pengikut yang tidak aktif.
Di Twitter Obama pula, hanya 45 peratus daripada 29.18 juta pengikutnya adalah palsu.
Mengikut Thomas Tudehope, seorang pakar
sosial media di social@Ogilvy dan bekas penasihat kepada menteri
bayangan komunikasi dan jalur lebar Australia, Malcolm Turnbull,
pengikut di Twitter boleh dibeli, “100 dan ke atas sehingga 10,000
pengikut mengikut harga berlainan.”
Bagaimanapun, Tudehope berkata apa yang penting ialah penglibatan dalam berkomunikasi dengan pengikut dan memberikan reaksi.
“Saya rasa tekniknya ialah meletakkan
lebih banyak bahan, secara kerap, untuk orang berlainan. Ini adalah
strategi yang mudah dan saya rasa ia agak berkesan,” katanya.
Sebelum PRU13, media tradisional telah
menghebohkan bahawa satu laman pemantauan internet, Socialbakers, telah
meletakkan Najib di tangga 11, tokoh politik paling popular di dunia.
Dalam reaksinya, Menteri Belia dan Sukan
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata itu petanda Najib popular di
kalangan orang muda.
“Ini menunjukkan Perdana Menteri bukan
sahaja popular di Malaysia, tapi juga di dunia,” kata Ahmad Shabery
ketika mengulas berita itu.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.