Followers

Thursday, May 30, 2013

Abdullah Saamah dibayar 2 juta,Harunsani Zakar ia berapa juta plak,sapa bleh bagitau?

 
Kenyataan penuh Mufti UMNO dan kenyataan dari bekas Mufti Perlis Dr Asri yang membidas kenyatan Harunsani.apa yang boleh admin katakan,kalau nak serlahkan wajah Umno kt muka tu,joinlah UMNO,tak payah menyamar sebagai mufti.

Berikut adalah kenyataan Pak Mufti Perak Tan Sri Harunsani Zakar ia


SHAH ALAM – Mana-mana pihak yang cuba menentang kerajaan yang sah boleh dianggap sebagai penderhaka kepada negara.Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakar ia berkata, mereka yang tidak berpuas hati sepatutnya guna saluran betul iaitu mahkamah dan bukan melakukan demonstrasi di jalan raya.

"Sebarang usaha untuk menentang kerajaan yang sah, itu namanya penderhaka. Menentang secara aman pun dianggap sebagai penderhakaan kepada negara.“Apatah lagi, jika ada yang mahu melakukannya dengan keganasan. Kalau tidak puas hati, failkan petisyen ke mahkamah. Mengapa mahu tunjuk perasaan?” katanya semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas usaha sekumpulan NGO pro-pembangkang yang mahu mengadakan protes jalanan besar-besaran sekiranya pegawai kanan SPR tidak meletak jawatan.

Sabtu lalu, penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard menyeru rakyat Malaysia menjadi sukarelawan ‘Suara Rakyat 505' untuk menggesa pimpinan SPR meletakkan jawatan.

Kayanya, gerakan itu akan ke ibu pejabat SPR di Putrajaya bagi menuntut peletakan jawatan pimpinan badan tersebut.

Beliau turut mendakwa, selagi kedua-dua pentadbir tertinggi SPR tidak meletak jawatan, rakyat akan terus bersama PR membuat tuntutan tersebut melalui himpunan.

Menurut Harussani, mereka yang terlibat perlu dikenakan tindakan keras sekiranya ia ke tahap menggugat ketenteraman awam.“Kalau sampai mengancam nyawa orang lain, itu sudah tergolong dalam dosa besar. Mereka perlu bertaubat segera,” katanya.



DEMI MENEGAKKAN KEADILAN.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.