PUTRAJAYA 27 APRIL : Datuk Husam Musa melahirkan rasa terkilannya
apabila tiada wakil kerajaan mahupun menteri memberi penghormatan
terakhir kepada Datuk Shaharudin Ibrahim semalam.Shaharudin,58, Timbalan
Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) maut ditembak
mati di persimpangan lampu isyarat Lebuh Sentosa di sini.
Husam hadir
menyempurnakan solat jenazah dan mengiringi jenazah hingga ke tanah
perkuburan.
"Saya yakin beliau terbunuh kerana operasi-operasi tugas negara yang telah dilaksanakan beliau,” kata Husam dalam ceramah di Putrajaya semalam.
"Saya yakin beliau terbunuh kerana operasi-operasi tugas negara yang telah dilaksanakan beliau,” kata Husam dalam ceramah di Putrajaya semalam.
Mengambil kira lokasi kejadian yang berlaku di
Putrajaya, Husam menggesa agar tangkapan segera dapat dilakukan bagi
menunjukkan kesungguhan Kerajaan Umno-BN dalam usaha memerangi
jenayah.
“Kalau betul pasukan keselamatan kita cekap, sepatutnya
penjenayah itu boleh ditahan serta merta dalam hari yang sama.
"Seandainya menjelang hari mengundi nanti penjenayah masih tidak dapat ditahan, ia menunjukkan ketakutan rakyat Malaysia terhadap keselamatan mereka adalah satu perkara yang memerlukan pendekatan yang berbeza dalam menghadapi jenayah,” ujar calon PAS bagi Parlimen Putrajaya ini.Selain itu, Husam melahirkan kebimbangan berkenaan kadar jenayah di Malaysia pada masa kini.

Menyifatkan negara kini dalam perjalanan menuju tahap
negara Bolivia ekoran ancaman kadar jenayah yang semakin membimbangkan,
termasuk ancaman pembunuhan, pengedaran dadah, rompakan dan lain-lain,
ujar Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.
Lebih merunsingkan menurut Husam, tahap jenayah yang berlaku di Putrajaya iaitu sebuah kota yang dianggap paling selamat dengan aplikasi pembinaan ‘smart city’ itu adalah lebih tinggi daripada tahap nasional.

“Untuk Putrajaya yang mempunyai bilangan penduduk 75, 000
orang, kadarnya adalah bagi setiap 195 penduduk, berlaku satu jenayah
berbanding kadar nasional iaitu satu jenayah bagi setiap 750 penduduk,”
jelas Husam.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.