Konvoi Perdana Menteri memasuki perkarangan Istana Negara
KUALA
LUMPUR: Semua mata akan tertumpu pada mesyuarat Kabinet hari ini di
Putrajaya selepas beberapa minggu sebelum ini timbul pelbagai spekulasi
Dewan Rakyat akan dibubarkan untuk memberi laluan kepada pilihan raya
umum ke-13.
Perdana Menteri tiba di Istana Negara pada jam 8.25 pagi ini
Datuk Seri Najib Tun Razak dan menteri-menteri Kabinet lain dijadualkan akan mengadakan sesi fotografi berkumpulan - yang turut dispekulasikan sebagai sesi fotografi terakhir sebelum pilihan raya kerana terdapat arahan kepada semua menteri Kabinet untuk mengenakan sut gelap dan bertali leher merah.
Seperti biasa, kumpulan wartawan dan
jurufoto sudah berada di Istana Negara sejak pukul 7 pagi lagi
menantikan kehadiran Perdana Menteri
Difahamkan juga Perdana Menteri
akan melakukan pertemuan seperti biasa dengan Yang di-Pertuan Agong pada
waktu pagi ini dan kesempatan itu boleh juga digunakan untuk
mendapatkan keizinan Raja untuk membubarkan Dewan Rakyat.
Media sebelum ini telah membuat
spekulasi mengenai kemungkinan tarikh untuk pembubaran Parlimen dan
pilihan raya apabila tempoh tamat Dewan Rakyat dijangka berakhir pada 30
April ini.
Najib juga akan menyambut tahun
keempat beliau memegang jawatan Perdana Menteri hari ini, setelah
mengangkat sumpah pada tahun 2009 selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi
meletakkan jawatan berikutan prestasi buruk Barisan Nasional (BN) dalam
pilihan raya umum 2008.
Jika Dewan Rakyat dibubarkan
hari ini, Najib dijangka membuat pengumuman itu pada sidang akhbar yang
dinanti-nantikan oleh semua stesen TV yang telah pun bersiap sedia untuk
menyiarkannya secara langsung.
Majlis Tertinggi Barisan
Nasional juga dijadualkan akan bermesyuarat esok dan dijangka Najib akan
mengesahkan senarai calon berdasarkan senarai yang disediakan oleh 14
parti komponen lain.
Najib juga dijangka tidak akan
mengumumkan nama-nama calon sehingga selepas Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR) memutuskan tarikh penamaan calon dan pengundian.
Najib juga akan berbasikal pada
jam 5 petang di Putrajaya hari ini di mana beliau dan menteri-menteri
Kabinet lain akan berbasikal sejauh 12km untuk menggalakkan gaya hidup
sihat dan untuk memberikan orang ramai peluang untuk berinteraksi dengan
PM dan menteri-menteri.
Kira-kira 10,000 orang dijangka mengambil bahagian dalam acara yang disebut-sebut sebagai 'Kayuhan Patriotik 1Malaysia@Putrajaya. ~bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.