Followers

Friday, April 26, 2013

PECAH BERITA! Video Temuramah Anwar Bersama CNBC Tersebar! Najib Terus Tertekan!


Pakatan Rakyat tidak mensasarkan untuk membuat “perubahan radikal” di Malaysia sekiranya mereka memenangi Pilihanraya 2013, kata Anwar Ibrahim hari ini.

Bekas ketua pembangkang itu berkata Pakatan Rakyat akan menghapuskan rasuah dengan mempromosikan kebebasan institusi seperti kehakiman, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selain menjadikan mereka bertanggungjawab kepada Parlimen.

“Ia bukannya bermakna membuat perubahan radikal kepada sistem sedia ada,” kata Anwar dalam satu wawancara bersama saluran televisyen Amerika Syarikat, CNBC pagi ini.

“Apa yang kami perlukan adalah pemerintahan yang baik untuk memperkukuhkan institusi demokrasi.

“Jadi, transisi demokrasi berlaku melalui pilihan raya.

“Jadi, anda tidak boleh membandingkannya dengan pergolakan di Timur Tengah dan Arab Spring,” tambah beliau.

Ditemuramah oleh penyampai CNBC secara langsung dari Hong Kong, Bernie Lo, Anwar menambah Pakatan Rakyat bertanggungjawab memulihkan kesemua sistem pentadbiran negara yang rosak akibat campur tangan kuasa eksekutif seperti perdana menteri dan ahli politik rejim pemerintah.

Siaran langsung CNBC Asia pagi tadi ditonton lebih 12.79 juta penduduk di Asia Pasifik termasuk di Australia dan New Zealand dalam segmen awal pagi SquawkBox bermula jam 6 pagi hingga 9 pagi.




 
Bagaimanapun Anwar sedikit lewat disebabkan kesesakan lalu lintas menyebabkan siaran langsung ini dijadualkan semula jam 9.15 pagi tadi.

Selain Bernie, dua lagi penyampai utama ialah Martin Soong di Tokyo, Jepun dan Lisa Oake juga di Hong Kong sebagai penyampai utama indeks bursa saham utama seluruh Asia Pasifik.

Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Musa Hassan mengatakan Febuari lalu pihak yang kalah dalam pilihan raya umum ke 13 akan menganjurkan kebangkitan rakyat seperti di Timur Tengah untuk menggulingkan kerajaan.

Revolusi Arab Spring tercetus di Timur Tengah dan Afrika Utara pada 2011 menggulingkan regim autokratik seperti Tunisia, Mesir, Libya dan Yemen.

Anwar menegaskan Pakatan Rakyat telah menunjukkan pemerintahan baik dan kejayaan ekonomi di negeri yang mereka perintah seperti Pulau Pinang dan Selangor selepas memenangi pada Pilihan Raya 2008.

“Kami akan lebih berjaya. Lima tahun ini, kami semakin biasa dengan kerajaan,” katanya.

Pilihanraya 2013 dikatakan paling sengit dalam sejarah pilihan raya negara dan PR bekerja keras untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah berkuasa separuh dekad semenjak negara mendapatkan kemerdekaan.

Anwar membangkitkan tentang BEKAS Perdana Menteri, Najib Altantuya tidak mengatakan apa-apa sebagai respon kepada Abdul Taib Mahmud yang tidak mahu bekerjasama dengan SPRM berhubung dengan siasatan mengenai penjualan tanah di negeri Borneo itu.

“Kita mempunyai ketua menteri yang boleh secara rasmi tidak mahu bekerjasama dengan penguatkuasa anti rasuah dan tidak ada apa-apa yang dikatakan,” kata Anwar.

Ketua Umum KEADILAN itu walau bagaimanapun mengatakan kerajaan Pakatan Rakyat tidak akan memburu secara agresif mereka yang dituduh rasuah pada masa lalu kerana ianya akan menyebabkan ketidakstabilan .

“Tidak boleh menghukum keadilan. Kita tidak boleh terus menggali terlalu banyak pada masa lalu kerana kita perlu untuk memerintah,” kata Anwar.

“Tetapi kita telah memberi amaran bahawa amalan itu mesti dihentikan. Dana dicuri sebanyak berbilion-bilion itu perlu diberikan kembali kepada negeri tersebut,” katanya.

Anwar juga menyatakan “gelombang sokongan” untuk Pakatan Rakyat di Malaysia Timur meningkat di kalangan orang-orang asal yang marah pada BN di atas pembalakan dan isu-isu tanah.

“Ini telah ditunjukkan dalam video Global Witness yang mengejutkan ramai pemerhati,” kata Anwar merujuk kepada klip video yang dikeluarkan oleh NGO antarabangsa itu baru-baru ini.




“Najib (Altantuya) tidak melakukan apa-apa untuk menghentikan akses ini dan rompakan yang mengorbankan golongan miskin dan terpinggir,” kata bekas timbalan perdana menteri itu.

“Tsunami Politik “ dalam Pilihanraya 2008 menyaksikan lima negeri di semenanjung Malaysia hilang dari penguasaan gabungan pemerintah itu akan tetapi negeri Malaysia Timur seperti Sabah dan Sarawak kekal sebagai deposit tetap BN.

Pakatan Rakyat, walau bagaimanapun, telah berusaha untuk membuat kejutan di negeri-negeri Borneo dalam usaha untuk mendapatkan kuasa persekutuan.

Anwar juga menegaskan Pakatan Rakyat akan meneruskan projek Iskandar Malaysia di Johor, tetapi menegaskan penyertaan penduduk tempatan perlu ditingkatkan.

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mendakwa pada Januari lepas bahawa Melayu Johor kini merupakan masyarakat paling miskin di Malaysia disebabkan oleh pembangunan Iskandar Malaysia yang lebih menguntungkan pelabur dan warganegara Singapura.

DPMM telah berkata program penswastaan tanah di pusat pentadbiran kerajaan negeri itu di Nusajaya dan penjualan tanah kepada orang asing secara besar-besaran di bawah projek itu telah mencetuskan inflasi besar-besaran di negeri selatan berhampiran Singapura itu. 


Jalan Pulang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.