[KD] LEMBAH PANTAI 26 APRIL: Mursyidul AM PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat
petang ini baharu sahaja melancarkan surat terbuka Sheikh Dr Yusuf Al
Qaradawi, tokoh Islam terkemuka yang kini Ketua Ijtihad Ulama Dunia.
Pelancaran warkah amanat itu disempurnakan pada majlis yang diadakan di
Surau Apartment Pantai Permai, Pantai Dalam, 3 petang tadi.
Program itu dianjurkan calon KEADILAN Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang turut hadir sama.
Di dalam surat tersebut, Yusuf Al Qaradawi menegaskan bahawa Datuk Seri
Anwar Ibrahim paling layak menerajui negara sebagai Perdana Menteri
Malaysia.
Berikut petikan kandungan surat Yusuf Al Qaradawi:
“Sesungguhnya saya sendiri perpandangan bahawa Anwar Ibrahim,
berdasarkan sejarah dan pengalamannya, kebijaksanaan dan perjuangannya,
kesabaran dan kecekalannya, sejak usia mudanya yang awal hingga ke hari
ini, juga kecintaan yang diperolehinya daripada orang yang baik-baik
dari kalangan rakyat Malaysia, dari kalangan Melayu dan Cina, maka dia
selayaknya berada pada pilihan yang paling atas untuk memegang jawatan
ketua kerajaan dan Perdana Menteri bagi memimpin Malaysia.
Beliau adalah orang yang paling layak menduduki kerusi kepimpinan ini.
Paling layak untuk melaksanakan tuntutan-tuntutan bernegara pada
marhalah yang cukup penting ini, bagi membangunkan Malaysia dan
memajukannya pada semua sudut. Inilah perkara yang kalian sudah sepakati
sepanjang masa yang lalu.”
Sebelum pelancaran itu, Nik Aziz menunaikan solat Jumaat di Masjid
Putrajaya dan menerima sambutan yang amat memberangsangkan. Malam ini
beliau akan menyampaikan ceramah di Shah Alam.
(Kenyataan ini dikeluarkan parti KEADILAN)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.