Debat Anwar vs Najib , malangnya Najib hanya gah berani di TV dan media arus perdana, tetapi bila diajak berdebat menikus... |
Pengundi Pekan kecewa Najib rupa-rupanya memang tak ada "telur" untuk berdebat dengan Anwar |
Calon Pekan Cikgu Fariz Musa berjaya memukau pengundi Pekan dengan hujah dan gaya tersendiri |
Anwar mohon sokongan rakyat Pekan berani buat perubahan |
Pasukan Gagak Gempur Pekan siap siaga tumbangkan Najib |
Calon KEADILAN Parlimen Pekan, Fariz Musa berkata, lebih memalukan, Najib juga gagal menunjukkan ‘kejantanan’ di hadapan lebih 5,000 penduduk di tapak pasar sehari dekat Felda Chini 1, walaupun jemputan debat itu sudah dihantar ke Pejabat Umno Bahagian Pekan 23 April lalu.
“Jemputan itu dibuat sempena kehadiran Anwar ke Felda Chini 1 semalam. Saya juga difahamkan, Najib juga turut berkempen di situ pada hari yang sama.
“Apabila dia (Najib) tidak menyahut jemputan itu, sudah pasti penduduk setempat kecewa kerana Najib gentar di kubu kuatnya sendiri.
“Ini juga membuktikan beliau hanya berani menyerang Pakatan Rakyat dan manifestonya dengan menggunakan media Umno BN seperti TV3, Utusan Malaysia, Berita Harian dan New Straits Times, tetapi apabila diminta ke pentas debat dalam kawasan sendiri, beliau terus berdalih.
“Berbeza dengan Anwar yang bukan sahaja sanggup berdebat, malah berani datang ke kubu kuat Umno BN itu untuk berdepan dengan Najib,” katanya pada kenyataan.
Fariz menambah, sepanjang berkempen di Parlimen itu, apa yang dilihat adalah penderitaan rakyat Pekan yang benar-benar menyayat hati kerana ia hanya ‘indah khabar dari rupa’.
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.