Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyampaikan ucapan takziah
kepada keluarga wira komando polis yang terkorban di Lahad Datu
semalam.
Beliau juga mengumumkan bahawa Pulau Pinang akan menghulurkan sumbangan
RM30 000 kepada setiap keluarga komando tersebut. Walaupun kedua-dua
wira itu bukanlah anak jati Pulau Pinang, namun Lim Guan Eng menyatakan
sumbangan tersebut adalah tanda penghargaan dan penghormatan serta
penghargaan terhadap jasa mereka kepada negara.
Lim Guan Eng berkata demikian ketika berucap dalam satu majlis kerajaan negeri.
Selain mengumumkan sumbangan tersebut, Lim Guang Eng turut menjemput
EXCO Kerajaan Negeri Datuk Abdul Malik Abul Kassim untuk mengetuai
bacaan al -fatihah untuk disedekahkan kepada roh wira negara.
Jenazah dua anggota polis komando VAT 69 yang terkorban dalam insiden
tembakan membabitkan kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan
Filipina di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah semalam, tiba di Pangkalan
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini, tengah hari tadi.
Pesawat Charlie yang membawa jenazah tiba kira-kira jam 12.35 tengah
hari. Penerbangan itu pada asalnya dijadual tiba lewat malam tadi.
Kira-kira pukul 1.05 tengah hari kedua-dua jenazah selamat dibawa ke balai ketibaan dan doa dibacakan.
Anggota yang terkorban ialah Insp Zulkifli Mamat, 29, dan Kpl Sabarudin Daud, 46.
Allahyarham Zulkifli, yang berasal dari Kampung Kubang Ikan, Besut,
Terengganu, meninggalkan seorang balu, Noraziah Noor dan dua anak lelaki
berusia empat dan satu tahun.
Allahyarham Sabarudin yang berasal dari Sungai Besar, Sabak Bernam,
Selangor pula meninggalkan balu, Nurunisa Abu Bakar dan tiga anak ,iaitu
dua lelaki dan seorang perempuan. -DCM/SH
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.