TERHOT: Mari kenali orang KUAT disamping Papagomo [Saksikan...]
Kesiann teman tengok nasib bekas Naib Presiden PAS ini ! Dulu dia hebat
dan gah, terkenal sebagai seorang penceramah dan pakar motivasi
tersohor.
Dalam politik,, hingus belum cukup kering,, baru setahun jagung tetapi sudah terpilih sebagai Naib Presiden PAS,, wow ! cukup hebat !
Akhirnya kerana terlalu menunjuk pandai,, besar senduk dari mangkok, lebih lajak dari laju, lalu tersingkir dan terpecatlah dia dari PAS.
Namun oleh kerana seleranya cukup besar, pengaruh dan populariti tak mahu kalah,, dia pun tubuh NGO bernama JATI untuk perjuangkan aqidah umat Islam konon!!
Nampaknya perjuangan beliau tak sampai kemana pun!
Almaklum, cerita memburukkan Anwar lebih banyak dari cerita aqidah !
Sekarang ini dia terang-terang bersekongkol dengan Papagomo yang mendakwa DS Anwar adalah pelakun dalam video lucah terbaru.
Bab-bab tuduhan terhadap Anwar ini dia begitu mudah untuk percaya dan sokong.
Kalau ada orang tuduh Anwar telah meliwat lembu dengan secepat kilat dia akan mengiyakan, walaupun tak ada bukti atau videonya belum siap.
Maka dengan ini terserlahlah belang sebenar siapa Hasan Ali ! pernah mengaku beliau berbangga di bawah pendidikan sekular maka dunia sekularlah landasan hidupnya kini.
Ketokohannya selama ini sebagai seorang ilmuan hilang terpadam, kehebatan sebagai seorang pejuang Islam hancur bersepai !
Lagi satu hal, Hasan ni sejak di awal penyingkirannya lagi beliau telah
meletakkan dirinya sebaris dengan Datuk Nalla dan Datuk T taukeh video lucah.
Justeru bukanlah pelik hari ini beliau mencari geng busuk yang baru -
blogger Papagomo.
Pendek kata ramai dah tokoh-tokoh lidah bercabang
sudah menjadi gengnya, termasuk Ibrahim Ali alKatak, Zul Kulim peguam
pengangkat fail, Zahid Mad Arif cucu puaka Ghafar Baba dan lain-lain.
Mari kita mengimbau sedikit sejarah sebelum Hasan alJATI ini disingkirkan dari PAS. Sifat egonya jelas sekali, keputusan Majlis Syura ulamak PAS beliau engkari.
Mari kita mengimbau sedikit sejarah sebelum Hasan alJATI ini disingkirkan dari PAS. Sifat egonya jelas sekali, keputusan Majlis Syura ulamak PAS beliau engkari.
Di belakang,, dia banyak cerita, di
depan rupa-rupanya dia jadi Pak angguk dan Pak turut.
Dalam diam-diam
dia mahu saf kepimpinan dikuasai ulamak dan dia seolah-olah mahu membawa
PAS berundur kebelakang.
Nasib baik dia sudah dipecat ! PAS
sangat-sangat tidak memerlukan pemimpin yang kaya dengan sifat munafik
sepertinya! - rahimothman
Shalehudin.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.