PETALING JAYA, 26 Mac — Bekas isteri Papa Gomo akan memberikan
keterangan terhadap bekas suaminya di mahkmah, dan dijangka akan
mendedahkan identiti blogger berkenaan termasuk mendedahkan bagaimana
laman blog pro Umno itu dibangunkan, kata Rafizi Ramli hari ini.
Pengarah Strategi PKR itu turut mengemukakan bukti lain yang
menyokokng dakwaannya bahawa nama sebenar “Papa Gomo” adalah Wan
Muhammad Azri Wan Deris, yang merupakan bekas anggota polis yang korup
dan pengundi hantu.
Bukti yang dikemukan dan keterangan bekas isteri di mahkamah, Bellina
Omar Sharifuddin Chin akan memberiakn bukti identiti sebenar “Papa
Gomo” yang didakwa dilantik kerajaan bagi menjatuhkan imej pembangkang
menggunakan ruang siber.
“Buat masa ini, pelarian terkenal di negara ini adalah Papa Gomo. Tetapi dia mendakwa dia bukan Papa Gomo,” kata Rafizi (gambar) dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.
Pemimpin PKR itu berkata beliau kini sedang berusaha mendapatkan
rekod imigresen Papa Gomo, yang mana mempunyai maklumat lengkap brkenaan
pergerakan keluar masuknya ke Malaysia sejak 2010, termasuk bukti
anekdot seperti gambar yang diambil daripada laman web penulis blog
tersebut, termasuk blog bekas isterinya.
Berdasarkan rekod imigresen jelas Rafizi, apabila dibuat perbandingan
dengan Papa Gomo atau pendaftaran pemilih Wan Muhammad Azri dalam rekod
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), membuktikan lelaki itu pernah menjadi
pengundi hantu dan didaftarkan sebagai pengundi sebanyak dua kali
menggunakan dua kad pengenalan — kad pengenalan bekas polis, dan kad
pengenalan awam.
Kedua-dua rekod SPR, bagaimanapun menunjukkan tarikh lahir yang
berbeza dan dengan ejaan yang berlainan — Wan Muhd Azri Wan Deris,
tarikh lahir 8 April, 1983, pada pendaftaran kad pengenalan polis, dan
Wan Muhammad Azri Wan Deris, bertarikh lahir 21 Januari, 1983, pada
pendaftaran kad pengenalan awam.
Rafizi berkata dengan semakan menggunakan kedua-dua kad pengenalan
dalam rekod imigresen, menunjukkan orang yang sama, Wan Muhammad Azri,
dan menunjukkan tarikh lahir sebenar lelaki tersebut adalah pada 21
Januari 1983.
“Oleh itu, memang ada individu yang dipercayai cuba untuk mengubah
datanya di pangkalan data SPR untuk mengaburi usaha mengenal pasti
pengundi hantu ini,” katanya.
Beliau turut menjelaskan perbezaan ejaan nama Wan Muhammad Azri dalam
dua rekod SPR termasuk perbezaan tarikh lahir juga adalah cubaan untuk
membolehkan lelaki itu mengundi dua kali dalam pilihan raya.
“Kita tidak boleh hanya menerima kenyataan SPR bahawa ini boleh
berlaku daripada kesilapan manusia atau komputer ... ia tidak boleh
menjadi kesilapan komputer. Jika kita gunakan cip MyKad, jika memberikan
anda data sebenar seseorang individu.
“Apabila ia begitu berbeza, ia adalah sama ada kesalahan dalam data atau sengaja dimasukkan dalam berbeza,” kata Rafizi.
Menjelaskan bagaimana beliau telah mengaitkan Papa Gomo dan Wan
Muhammad Azri pada mulanya, Rafizi berkata semakan dokumen mahkamah lama
telah menunjukkan semua maklumat dan surat-menyurat mengenai kes
mahkamah rasuah Papa Gomo itu, yang menggunakan kad pengenalan polis
telah dihantar ke alamat di Danau Kota.
Semakan selanjutnya menunjukkan bahawa rumah di Danau Kota telah
didaftarkan menggunakan kad pengenalan awam lelaki tersebut.Ketika
sidang media itu juga, Rafizi turut mendedahkan gambar yang didakwanya
Bellina dan Wan Muhammad Azri untuk membuktikan kaitan antara mereka
berdua.
Gambar yang menunjukkan Bellina menguruskan kedai emas di Setapak itu
diambil dari blognya, menunjukkan Wan Muhammad Azri memakai gelang
perak yang turut dilihat dipakai seorang lelaki dalam gambar daripada
blog Papa Gomo.
Gambar itu didakwa diambil berhampiran kapal selam Scorpenen, kata
Rafizi, dan menambah ianya turut dikaitkan dengan beberapa pemimpin
tertinggi Umno.
"Dia mesti berani ... jika dia betul-betul pejuang untuk negara dan
rakyat, dia perlu berani untuk mengaku identitinya dan menerima tindakan
mahkamah.
"Umno-BN tidak boleh lagi memberikan tugas itu kepada blogger yang
tidak dikenali seperti ini ... ia tidak akan lama sebelum kami menjejaki
blogger-blogger ini dan mengemukakan saman terhadap mereka di mahkmah,"
katanya.
"Bukan seperti mereka, kami gunakan nama kami dalam blog dan berhadapan di mahkamah. Kita perlu berani."
Dalam dakwaan terbaru Papa Gomo, blogger itu memuat naik gambar
seorang lelaki yang dikatakan Datuk Seri Anwar dilihat mencium lelaki
lain.
Dia turut memuat naik dua klip Anwar sedang berborak dengan seorang
yang dakwanya budak lelaki berusia 19 tahun, dan turut berjanji akan
menyiarkan video penuh, dan mendakwa Ketua Pembangkang itumensasarkan
kumulan muda untuk gejala seksnya.
Anwar bagaimanapun telah memfailkan saman RM100 juta terhadap blogger berkenaan kerana didakwanya menipu.
Malaysia Insider
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.