MANILA:
Menurut laporan Manila Buletin Publishing Corporation (mb.com.ph),
pengasas MNLF Nur Misuari mendakwa tentera Sulu ke Sabah selepas
mendengar janji dari Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.
Menurut
laporan bertarikh 21 Februari 2013 bertajuk "Don’t Harm Sultan’s Men,
Nur Warns Malaysia", Misuari berkata, ketika beliau di Jolo, Sulu
beliau terdengar bahawa adik kepada Sultan Jamalul Kiram III, Agbimuddin
Kiram telah merentas lautan kerana mereka telah dijanjikan untuk
ditempatkan di Sabah.
Oleh
itu, Misuari merayu Najib untuk bertindak dengan cermat dalam menghadapi
pemberontak Filipina yang kini telah membunuh lapan anggota polis
Malaysia di Sabah dalam pertempuran berdarah di Lahad Datu dan juga
Semporna.
Misuari (gambar) juga mendakwa Agbimuddin mungkin ke Sabah untuk menunjukkan ketidaksabaran terhadap tuntutan mereka.
"Perkara
ini perlu diselia oleh mereka yang lebih tenang," beliau berkata,
sambil menambah ia adalah lebih baik menunggu pilihanraya umum April ini
untuk melihat siapa menjadi Perdana Menteri.
Misuari juga memberikan amaran kepada Malaysia untuk menyelesaikan pertempuran di Sabah dengan aman.
Jika tidak, pasukannya akan memberikan bantuan kepada Kiram, ugut Misuari.
Laporan penuh artikel yang ditulis oleh Edd K.Usman boleh dibaca di sini.
Kerengga
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.