Saleh Yaakob kecewa dan mahu bersara pasai " Bangkang dari Longkang "
KUALA LUMPUR 27 Feb. - Penyampai radio, pelawak serta pengacara
terkenal, Salih Yaacob, 52, mengambil keputusan untuk menarik diri
daripada dunia hiburan ekoran penyebaran cereka pendek di laman YouTube
berjudul Bangkang dari Longkang .
Cereka pendek berdurasi kira-kira tiga minit yang memaparkan situasi di
sebuah ceramah parti politik itu turut disertai seorang lagi rakan
pelawaknya, Nabil Ahmad.
Kesannya, Salih mendapat kritikan meluas daripada pihak penyokong parti
pembangkang, bahkan stesen radio Sinar FM turut diugut untuk diboikot.
"Saya sangat kecewa dan meminta maaf kepada peminat.
"Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat di dalam bidang
hiburan selepas ini. Soal kerjaya sebagai penyampai radio pula saya
serah semuanya kepada pihak pengurusan," katanya ketika dihubungi Utusan
Malaysia hari ini.
***********************
Malas mau komen panjang panjang ..
Ha ha ha.. cukup sekadar aku mengatakan baru ada akai..
Sendiri buat sendiri tanggung..maaa
BATU VS KAYU
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.