KUALA
LUMPUR 26 FEB: Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM, Laksamana
Pertama (B) Imran Abd Hamid tidak menolak kemungkinan pencerobohan 100
lelaki bersenjata di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara.
“Ini
kes yang dirancang. Saya tak percaya TLDM tak efisien. Kita ada bot
laju, CB90 (combat boat) Saya tak fikir mereka (penceroboh bersenjata)
boleh terlepas.
“Ini semua untuk manfaat politik. Sama macam Al-Maunah. Tak masuk akal satu Land Rover boleh bawa ratusan rifle, orang tak perasan dan masuk (kem) buka armory.
“Fikir punya fikir, macam sandiwara,” katanya kepada Keadilan Daily.
Imran berkata, perairan negara dikawal empat agensi penguatkuasa iaitu Polis Marin, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Kastan Diraja Malaysia dan TLDM.
“Kita ada ‘Operasi Pasir Laut’ antara tentera dan polis. Tak malukah tentera sudah jaga, orang lain boleh masuk?” katanya.
Ops Pasir Laut ialah operasi keselamatan perairan dan kepulauan pantai utara dan timur Sabah oleh Markas Angkatan Bersama (MAB) Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Ops Pasir Laut dikawal selia Pusat Kawalan dan Sistem Pengawasan (JRCC) dengan kelengkapan pesawat tanpa juruterbang (UAV), bot tempur kapal peronda ATB dan helikopter Nuri.

Antara
peralatan canggih ditempatkan sepanjang ‘laluan panas’ ialah 12 radar
dengan kemampuan mengesan pergerakan kapal mahupun bot kecil pada jarak
100 kilometer.
Kawasan seliaan MAB meliputi 22 pulau dan 11 pesisiran pantai sepanjang 1,577 kilometer dari Tawau hingga Kudat.
Pandangan itu turut dipersetujui bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat, Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid.
“Ikut senario, ia mungkin satu perancangan. Ada kemungkinan ia direka-reka. Walaupun tak boleh buat spekulasi, saya boleh beri jawapan jika ada di sana,” katanya.
Lebih 100 lelaki dari selatan Filipina berpakaian ala tentera dan bersenjata api menceroboh ke Lahad Datu, Sabah pada 12 Februari lalu.
Polis pada 17 Februari membuat kenyataan untuk mengusir pulang ke negara asal penceroboh yang dikepung di Kampung Tanduo, Lahad Datu.
Pada 23 Februari, Wisma Putra bersetuju dengan permohonan kerajaan Filipina yang meminta tangguhan proses masa pengusiran kumpulan penceroboh berkenaan.

-keadilandaily
Read more: http://kafesantai.blogspot.com/2013/02/pencerobohan-lahad-datu-hanya-sandiwara.html#ixzz2LxZ9gLAw
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.