INI KALI LAH TUKAR! Populariti Najib
Jatuh Lagi!
Sementara rakyat menanti tarikh Pilihanraya Umum ke-13, kajian terbaru Merdeka Center menunjukkan populariti pengundi ke atas Perdana Menteri, Najib Altantuya merosot lagi, dua mata, berbanding dua bulan yang lalu.
Hasil kajian itu menunjukkan pengundi yang berpuas hati dengan pencapaian perdana menteri pada bulan lalu adalah dalam lingkungan 61 peratus berbanding 63 peratus Disember lalu.
Oktober lalu, paras itu adalah sebanyak 65 peratus, yang naik satu mata berbanding Jun lalu.
Setahun lalu, kajian yang sama menunjukkan paras populariti Najib Altantuya pada paras 69 peratus.
Setahun lalu, kajian yang sama menunjukkan paras populariti Najib Altantuya pada paras 69 peratus.
"Kajian
menunjukkan sementara kadar rasa puas hati di kalangan pengundi Cina
dan India, masing-masing kekal pada paras 34 peratus dan 75 peratus,
sentimen di kalangan orang Melayu menurun empat mata daripada 77 peratus
kepada 73 peratus," kata kenyataan dikeluarkan oleh Merdeka Center hari
ini.
Menurut
kenyataan itu, kajian terbaru ini juga mendapati sentimen pengundi ke
atas kerajaan adalah sebanyak 48 peratus manakala ke atas Barisan
Nasional (BN) pula 45 peratus.
"Kajian
juga menunjukkan penurunan (arah aliran sokongan) di kalangan responden
Melayu terhadap kerajaan dan Barisan Nasional," katanya lagi.
Kajian
terbaru ini dikendalikan antara 23 Januari dan 6 Februari lalu bagi
menilai pandangan pengundi menjelang pilihanraya umum tidak lama lagi.
Kajian
ini diadakan selepas Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) pada 12 Januari
lalu dan ketika berlangsungnya ikuiri suruhanjaya diraja (RCI)
berkenaan warga asing di Sabah dan di sebalik kontroversi kalimah
ALLAH.
Merdeka Center berkata kajian ini selesai dijalankan sebelum sambutan Tahun Baru Cina.
Seramai 1,021 pengundi yang terdiri daripada 59 peratus orang Melayu, 32 peratus Cina dan sembilan peratus India ditemubual.
Nota:
Populariti bekas perdana menteri, Abdullah Badawi ketika memanggil pilihanraya umum lalu adalah pada tahap 72 peratus.
Hasilnya, lima negeri tumbang termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kelantan kekal di tangan PAS dan buat pertama kali dalam sejarah Malaysia, parti pemerintah hilang sokongan majoriti dua pertiga di parlimen di tahap sokongan tersebut.
Jika populariti Najib Altantuya terkini dijadikan ukuran iaitu hanya 61 peratus, kurang 11 peratus dari Pak Lah, berapa banyak lagi negeri akan tumbang selain kekuasaannya tergugat di Putrajaya?
Lu pikir la sendiri!
Jalan Pulang
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.