TEMERLOH- Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
menyifatkan penyebaran poster haram memaparkan wajahya bersama pemimpin
Pakatan Rakyat memakai topi ‘Bintang Tiga’ menunjukkan betapa lemahnya
pemikiran politik pihak berkenaan.
Katanya, penyebaran poster seperti itu menggambarkan mereka terdesak dan kehabisan modal untuk menghadapi Pakatan Rakyat.
“Kalau nak tipu pun biarlah munasabah bukannya menyebar poster dan risalah fitnah seperti itu yang jelas membohongi orang ramai,” katanya yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat ketika ditemui di pejabatnya dekat sini.
Ini, ujarnya kerana Bintang Tiga dan Pakatan Rakyat tidak pernah wujud pada masa yang sama.
Tambahnya, pemimpin Pakatan Rakyat juga tidak pernah menjadi ahli pertubuhan bersenjata yang wujud pada zaman penjajah British itu.
Menurutnya, PAS Kawasan Jerantut menemui poster tersebut dipasang di sekitar bandar itu dan ada yang dimasukan ke dalam peti surat di taman-taman perumahan.
Ekoran itu, PAS Jerantut telah membuat laporan polis dan menggesa diambil tindakan terhadap penyebar poster haram itu.
-harakahdaily/Malaysia Chronicle

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.