TERKINI ! TONGKANG PATI BOLOS DI PERAIRAN LANGKAWI...
Pendatang dari Myanmar.jumlah 452 org..termasuk 1 meninggal,12 wanita dan 8 org. kanak-kanak
Lagi Menyusul.....
SUMBER BERITA SINI
Berita lain mengenai Warga Myanmar Di Kedah
Mayat 3 warga Myanmar dipercayai dibunuh ditemui dalam hutan
30 Disember 2012
KUALA NERANG - Mayat tiga lelaki warganegara Myanmar berumur antara 18 hingga 30 tahun yang dipercayai dibunuh ditemui di dalam hutan Kampung Cebar, Tanjung Piring dekat sini, hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Zakaria Ahmad berkata, pembunuhan itu dipercayai berlaku dua hari lepas kira-kira pukul 11 malam.
Katanya, seorang rakan mangsa membuat laporan di Balai Polis Kuala Nerang pada 1 tengah hari ini mengenai kejadian dia dan rakannya diserang sekumpulan lelaki sebelum membawa polis ke tempat kejadian dan menemui mayat ketiga-tiga rakannya itu.
Dalam aduannya, warga Myanmar itu berkata mereka diserang sekumpulan 12 hingga 13 orang lelaki di hutan, bagaimanapun dia yang turut mengalami kecederaan berjaya menyelamatkan diri, kata Zakaria kepada pemberita semasa
ditemui di tempat kejadian.
Katanya, terdapat kesan hentakan di kepala, leher dan belakang ketiga-tiga mangsa yang berasal dari Arakan, Myanmar dan dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan.
Beliau berkata, warga Myanmar itu bekerja sebagai penoreh getah di kampung itu.
Katanya, polis telah melancarkan gerakan memburu suspek.
Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk bedah siasat, kata Zakaria. - Bernama

Kedahkini
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.