Selepas kembali dari majlis meraikan perkahwinan anak Ahli Parlimen Tumpat Kamarudin Jaffar (Saiful Adli dengan Norita Syazana) di Kelana Jaya tengah hari tadi, saya bersama Dr Wan Suhaimi Wan Daud melencung ke tempat kejadian tanah runtuh di Bukit Setiawangsa, Kuala Lumpur yang berlaku jam 10 malam tadi.
Runtuhan dilihat dari jalan Jalatek. |
Semalam lagi saya telah mengetahui akan kejadian itu tetapi tidak berapa ada 'angin' untuk menjenguknya.
Tidak seperti biasa, kalau terdengar
kejadian seperti itu saya akan 'berunga-runga' untuk mengetahuinya.
Tetapi tidak kali ini, kenapa?
Khabarnya di situ adalah kediaman orang-orang kaya. Orang bangsawan.
Kalau orang miskin dan marhain mereka tidak menghuni di situ.
Kiri ialah rumah Zulhasnan Rafique. |
Jadi kalau
orang kaya dan bangsawan mereka tidak menghadapi apa-apa keuslitan
selalunya pasukan penyelamat yang kebanyakan milik kerajaan akan
bergegas segera ke tempat itu.
Bukan saja ambulan yang pakai van atau lori, tetapi helekopter juga mungkin boleh digunakan untuk mengangkut penghuni yang terkepong atau bermasalah kalau diperlukan.
Kerana berfikir (jahat) begitulah maka kejadian itu tidak menjadi sesuatu yang terdesak bagi saya untuk mempedulikannya.
Pagi tadi lagi seorang kawan, Zulkefli Sulong telah menghubung saya
menerusi SMS beliau bertanya apakah banglo yang terlibat itu milik ahli
Parlimen Setiawangsa, Zulhasnan Rafique. Saya jawab tidak tanpa
berselera untuk menyiasatnya.
Semasa berjumpa di majlis kenduri kahwin anak Kamarudin tadi, sekali lagi berjumpa dengan Zulkifli dan beliau sekali bertanya hal itu.
Bukan saja ambulan yang pakai van atau lori, tetapi helekopter juga mungkin boleh digunakan untuk mengangkut penghuni yang terkepong atau bermasalah kalau diperlukan.
Kerana berfikir (jahat) begitulah maka kejadian itu tidak menjadi sesuatu yang terdesak bagi saya untuk mempedulikannya.
Bongkah simen yang terumpil dan runtuh. |
Semasa berjumpa di majlis kenduri kahwin anak Kamarudin tadi, sekali lagi berjumpa dengan Zulkifli dan beliau sekali bertanya hal itu.
Cara dia bertanya seolah-olah beliau
tidak yakin dengan jawaban saya bahawa salah sebuah rumah yang terbabit
dengan kejadian itu bukan rumah Zulhasnan Rafiqeu.
Tidak banyak cerita sekembali dari kenduri itu saya bersama Wan Suhaimi ke tempat kejadian.
Dari atas Jalan Jaletek (flayover) lagi sudah kelihatan kesan-kesan
runtuhan. Di puncak bukit Setiawangsa itu tersergam
dua buah banglo yang terletak betul-betul di pinggir puncak berkenaan.
Tidak banyak cerita sekembali dari kenduri itu saya bersama Wan Suhaimi ke tempat kejadian.
Tempelan simen terkoyak. |
Di tengah antara dua banglo itu kelihantan kesan runtuhan, dan
bongkah-bongkah simen yang terkopel, retak dan menggelunsur turun.
Setelah melihat itu baru hati teruntun untuk melihat dari dekat. Saya tidak fikir kejadian itu seserius itu dan membahayakan.
Setelah melihat itu baru hati teruntun untuk melihat dari dekat. Saya tidak fikir kejadian itu seserius itu dan membahayakan.
Mungkin kerana tidak ada
kemalangan jiwa menyebabkan ia tidak meruntun hati saya untuk
segera ke tempat itu.
Seperti dikatakan tadi kerana kediman itu
bukan kediaman marhain jadi tidak sesuai dan sepantasnya orang marhain seperti
kita untuk segera melihat?
Semasa kami memasuki ke puncak berkenaan, banyak kereta yang keluar masuk. Orang ramai yang datang untuk melihat kesan runtuhan atau melawat saudara marah.
Di kawasan itu kini sudah menjadi seperti kawasan perkelahan. Ia dipenuhi dengan orang ramai, wartawan dan juga pasukan penyelamat.
Sisah runtuhan menutup jalan utama di pinggir bukit. |
Semasa kami memasuki ke puncak berkenaan, banyak kereta yang keluar masuk. Orang ramai yang datang untuk melihat kesan runtuhan atau melawat saudara marah.
Di kawasan itu kini sudah menjadi seperti kawasan perkelahan. Ia dipenuhi dengan orang ramai, wartawan dan juga pasukan penyelamat.
Semua
pasukan ada; bomba, polis, DBKL, JKR dan segala macam yang mengawal dan
sedang membuat pemamtauan.
Dari kejauhan nampak banglo di atas puncak. |
Masa ini runtuhan atau pergerakan tanah sedang berlaku secara perlahan-lahan. Ia berpotensi akan mengalami keruntuhan lebih parah lagi sekiranya hujan lebat melanda. Penduduk berhampiran puncak bukit berkenaan sudah pun dipindah. Pihak berkuasa juga menandakan kawasan yang dilarang memasuki kawasan berdekatan.
Beberapa ambulan siap sedia hadapi kemungkinan. |
Mereka, Zulhasnah
Rafiueq di mana rumah MP Setiawangsa itu kelihatan dengan jelas terancam
dengan rutuhan itu.
Rumah Zulhasnan antara dua buah rumah yang terletak
di pinggir puncak dan benar-benar diancam bahaya.
Selain rumah Zulhansah terdapat beberapa rumah orang tokoh politik lain. Rumah ahli Parlimen Rompin, Jamaluddin Jarjis juga berada dipuncak bukit berkenaan.
Selain rumah Zulhansah terdapat beberapa rumah orang tokoh politik lain. Rumah ahli Parlimen Rompin, Jamaluddin Jarjis juga berada dipuncak bukit berkenaan.
Bagaimana pun menurut penduduk itu tidak dipastikan
apakah Jamaluddin tinggal masih tinggal di situ atau tidak.
Selain itu
rumah saudara kepada wakil rakyat dari Perak. Manakala menurut Wan
Suhaimi rumah bekas ketua Pemuda Umno Setiawangsa Izuddin juga terletak
di puncak berkenaan.
Kebetulan rumah-rumah mewah yang berada dipuncak bukit Setiawangsa itu semuanya rumah orang-orang Umno.
Kebetulan rumah-rumah mewah yang berada dipuncak bukit Setiawangsa itu semuanya rumah orang-orang Umno.
"Nasib baik rumah saya jauh di bawah
bukan di puncak," kata penduduk itu sambil meminta berdoakan untuk
kesejahtran beliau dan semua yang tinggal disitu. [wn.kl.7:01 pm 29/12/12]
Berita Utama
INI DIA...sebahagian benteng musnah akibat tanah runtuh Taman Puncak Setiawangsa.
KUALA LUMPUR: “Disebabkan rasa tak sedap hati, saya memindahkan
sebahagian besar barang dalam rumah ini sejak tiga bulan lalu,” kata
bekas Duta Khas Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Dr Jamaludin
Jarjis.
Beliau antara 88 penghuni rumah yang terpaksa berpindah akibat tanah runtuh yang mengakibatkan sebahagian besar benteng konkrit pada lereng bukit di Bukit Setiawangsa rosak, selain merosakkan beberapa rumah, jam 10 malam kelmarin.
Jamaludin berkata, beliau seolah-olah merasakan sesuatu kejadian buruk bakal berlaku di kawasan itu lalu membuat persiapan awal dengan memindahkan barang ke rumah lain sejak tiga bulan lalu.
Berita Utama
Rasa hati jadi penyelamat JAMALUDDIN JARJIS
Oleh KALIDEVI MOGAN KUMARAPPA dan RAJA NORAINA RAJA RAHIM
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
INI DIA...sebahagian benteng musnah akibat tanah runtuh Taman Puncak Setiawangsa.
Beliau antara 88 penghuni rumah yang terpaksa berpindah akibat tanah runtuh yang mengakibatkan sebahagian besar benteng konkrit pada lereng bukit di Bukit Setiawangsa rosak, selain merosakkan beberapa rumah, jam 10 malam kelmarin.
Jamaludin berkata, beliau seolah-olah merasakan sesuatu kejadian buruk bakal berlaku di kawasan itu lalu membuat persiapan awal dengan memindahkan barang ke rumah lain sejak tiga bulan lalu.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.