Followers

Monday, November 5, 2012

Menjelang PRU13.......Guan Eng Memang Kapir Tapi Mai Tengok Apa Dia Buat Untuk Umat Islam Pulau Pinang

Photo

Wak Hensem 
 
Jom tengok nii....sejak Pakatan Rakyat amik alih Penang dari BN tahun 2009 hingga 2011....hang kira nii dah 108.01juta dibelanjakan utk Hal Ehwal Islam berbanding zaman BN! Ini sebuah realiti bukan fantasi bro...

Terbaru memetik Belanjawan Pulau Pinang 2013:

Memartabatkan Agama Islam
54. Selaras dengan hasrat untuk menjadikan masjid sebagai sebuah institusi pelbagai aktiviti kemasyarakatan, peruntukan sebanyak RM13.84 juta telah disediakan untuk tahun 2013 meliputi pembangunan masjid, surau dan sekolah agama rakyat (SAR).

55. Bagi tahun 2013, Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan untuk meneruskan pembinaan masjid baru yang mengambilkira prasarana mesra OKU, iaitu di Masjid Jamek Sungai Gelugor, Daerah Timur Laut dan Masjid Jamek Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara. 
 
Pembinaan masjid yang mengambilkira prasarana seumpama ini telahpun dilaksanakan di Masjid Abdullah Fahim, Seberang Perai Utara dan Masjid Kelawei, Daerah Timur Laut.

56. Keseluruhan peruntukan untuk tujuan keagamaan pada tahun hadapan adalah RM46.42 juta

Awal tahun 2012......Lim Guan Eng telah menggunakan kapasitinya sebagai Ketua Menteri untuk memberi sebidang tanah milik kerajaan negeri bernilai RM73 juta terletak di Jalan Scotland untuk membina sebuah Kompleks Mahkamah Syariah setinggi tujuh tingkat bernilai RM36 juta. 
 
Guan Eng juga telah memberikan tender kepada sebuah syarikat bumiputera tulin iaitu Ihsara Sdn Bhd yang langsung tiada kena-mengena dengan UMNO dan team mamak.

Dengak citer.......Itu pasallah UMNO Penang ngamuk sakan. Lim Guan Eng dah buktikan dia lebih efisyen dalam menjaga kepentingan agama Islam dan orang Islam. Ternyata Lim Guan Eng
lebih baik daripada Melayu UMNO sendiri, apatah lagi Kok Tsu Koon tu bro...

Kasian yer......nii yang buat team mamak naina mengamuk sakan.... hehehe

UMNO, Perkasa, TIBAI.... apa komen hangpa......ehmmm  

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.